Skip to main content

Hiburan

Zizie Izette Bersuara Isu ‘Show Off’ - “Saya Cuma Kongsi Cebisan..."

Zizie Izette Bersuara Isu ‘Show Off’ - “Saya Cuma Kongsi Cebisan..."

Sekilas

  • Pelakon Zizie Izette menegaskan perkongsiannya di media sosial bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau menarik perhatian terhadap kemewahan yang dimilikinya.
  • Beliau membezakan antara berkongsi sebahagian kecil kehidupan harian dengan sengaja mempamerkan sesuatu untuk mengagumkan orang lain.
  • Zizie berkata orang yang mengenalinya tahu bahawa sikap menunjuk-nunjuk bukanlah sebahagian daripada keperibadiannya dan dia hanya berkongsi cebisan kecil kehidupannya.
Advertisement

Pelakon, Zizie Izette menafikan setiap perkongsian yang dimuat naik di media sosial bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau menarik perhatian terhadap barangan mahupun kemewahan yang dimilikinya.

Menurut Zizie, terdapat perbezaan antara sengaja mempamerkan sesuatu dengan sekadar berkongsi sebahagian kecil daripada kehidupan seharian bersama pengikut.

Advertisement

“Saya rasa ada perbezaan antara menunjuk-nunjuk dengan sekadar berkongsi sebahagian daripada kehidupan kita.

“Apa sahaja yang anda nampak pada diri saya atau dalam hantaran saya hanyalah sebahagian daripada kehidupan seharian. Kalau pada hari itu saya memakai sesuatu dan kebetulan anda nampak, maka itulah yang anda nampak.

“Tetapi saya tidak pernah rasa perlu untuk sengaja menunjukkan apa yang saya beli, berapa harganya atau apa yang saya miliki semata-mata untuk menarik perhatian atau mengagumkan sesiapa,” katanya.

Dalam pada itu, Zizie berkata, mereka yang benar-benar mengenali dirinya pasti memahami bahawa sikap gemar menunjuk-nunjuk bukanlah sebahagian daripada keperibadiannya.

“Orang yang benar-benar mengenali saya tahu bahawa itu bukanlah diri saya dan bukan cara saya selama ini.

“Saya cuma berkongsi cebisan kecil kehidupan saya, bukannya cuba membuktikan apa-apa kepada sesiapa,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement