Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

All Stars Gegar Vaganza: Seluar Skinny Harimau Tomok Jadi Perhatian Netizen, Tok Ram Kata - “Stylo Eh!”

Mya Amri
03/12/2023 14:21 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Tomok menarik perhatian netizen apabila muncul dengan memakai seluar ketat atau skinny sewaktu membuat persembahan di pentas separuh akhir sebentar tadi.

BERITA TRENDING: GV10: Jadi Peserta Hot Seat Pertama, Tomok Tak Simpan Taring

Tomok yang menyampaikan dua buah lagu berjudul C.I.N.T.A dan Bahalol nyanyian asal XPDC berpenampilan seperti itu bagi mengikuti tema lagu rock yang dinyanyikan minggu ini.

Tidak hanya netizen, penampilan Tomok itu juga mendapat pujian juri ASGV iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Syafinaz Selamat.

Selain itu, kedua-dua juri ini juga memuji usaha Tomok dalam memberikan kesungguhan untuk persembahan separuh akhir ini.

“Stylo ya. Lagu nombor dua tu saya suka, tapi kasut tu salah,” kata Ramli MS sambil tersenyum.

“Suka dengan penampilan malam ini. Persembahan Tomok hari ini memang well coordinated. Jadi untuk saya persembahan malam ni sangat baik,” komen Syafinaz.

Terdahulu, Tomok muncul dengan memakai seluar skinny yang dilabelkan netizen seperti corak harimau dan juga berambut palsu panjang.

Jangan lupa saksikan All Stars Gegar Vaganza 2023 live di YouTube Astro Gempak.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

PILIHAN PEMBACA: GV10: Dibandingkan Dengan Shila Amzah, Tomok Tak Kecil Hati - “Alhamdulillah Ini Rezeki Saya”

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Jangan lupa dapatkan tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza di Ticket2u.com.my sekarang.

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

Tonton All Stars Gegar Vaganza LIVE di Youtube Astro Gempak https://www.youtube.com/@astrogempak

#Tomok #Tok Ram #Rock #Leman #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #GVX #ASGV #Skinny