Laman Utama
GV10: Jadi Peserta Hot Seat Pertama, Tomok Tak Simpan Taring
Tomok menjadi peserta pertama yang diumumkan mengisi Hot Seat All Stars Gegar Vaganza (GV) yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam malam ini.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan, 39, merupakan pemenang tempat keempat Gegar Vaganza musim kesembilan.
Menyampaikan lagu Kata (nyanyian asal Hazami), persembahan Tomok memang ‘tak simpan taring’ seperti yang pernah disifatkan oleh juri tetap GV, Datuk Ramli MS.
Advertisement
Dia kelihatan cukup bersedia untuk bertarung dengan 10 peserta sedia ada termasuk Jaclyn Victor, Ayai Ilusi dan Alif Aziz serta menanti pertempuran sengit dengan pencalonan Hot Seat yang lain.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200, 000.
All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video