Terkini

Ibu Miley Cyrus, Rampas & Kahwini Kekasih Anak Bongsunya

Maliah Surip
01/03/2024
14:55 MYT
Bukan Miley Cyrus yang sedang menjadi topik hangat di Hollywood saat ini tetapi ibunya, Tish Cyrus.
Wanita berusia 56 tahun tersebut menjadi buah mulut berkahwin dengan bintang siri terkenal Prison Break, Dominic Pursell, 54, pada Ogos tahun lalu.
Melalui cerita Tish yang bercerai dengan Billy Ray Cyrus, dia dan Pursell berkenalan selepas pelakon tersebut menghantar pesanan kepadanya di Instagram.
Sejak itu hubungan mereka mula terjalin sebelum berkembang menjalin asmara.
Perkahwinan mereka pada awalnya tidak menjadi sensasi sehingga satu sumber mendakwa Tish telah merampas kekasih anaknya, Noah Cyrus.
Noah merupakan adik kepada Miley. Dia yang berusia 24 tahun bercinta dengan Dominic sebelum ibunya ‘mengambil alih’ percintaan dan berkahwin dengan lelaki tersebut.
“Noah yang menjalin hubungan dengan Dominic sebelum Tish dipercayai menggodanya,” dakwa sumber tersebut seperti dilaporkan The Sun.
Sumber sama juga mendakwa hubungan Noah sangat terkesan dengan tindakan ibunya yang merampas kekasihnya.
Selain tidak hadir menghadiri majlis perkahwinan mereka, Noah juga didakwa mula memutuskan hubungan dengan ibunya.
Sehingga artikel ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak Cyrus.

BERITA TRENDING: Pesawat Miley Cyrus Lakukan Pendaratan Kecemasan Selepas Disambar Petir

BERITA TRENDING: Flowers Buat Miley Cyrus Menang Record of The Year Lepas 22 Tahun

Topic Berkaitan
Must-Watch Video