Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

THSS: Datin Alyah Tarik Diri, Dapat Panggilan Tunaikan Haji

Mya Amri
19/05/2024 14:46 MYT

Bintang The Hardest Singing Show (THSS), Datin Alyah mengumumkan penarikan diri daripada program tersebut.

Tunai haji

Berita itu dikongsi Alyah menerusi siaran langsung The Hardest Singing Show pada Ahad.

Menurut Alyah, keputusan itu dibuat atas faktor mendapat panggilan untuk menunaikan ibadah Haji pada 12 Jun ini. 

"Saya memohon untuk semua peminat mendoakan saya seterus mendapat haji yang mabrul,

“Saya juga ingin memohon maaf kepada seluruh tenaga kerja The Hardest Singing Show dan semua yang terlibat.

“Saya terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan pertandingan ini dan Saya mendoakan agar para peserta buat dengan sehabis baik,” jelasnya.

Terdahalu, Alyah sepatutnya menyampaikan lagu berjudul I am the best nyanyian asal kumpulan K-Pop terkenal 2NE1.

Rancangan 10 minggu ini diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.

Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.

Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show

•⁠  ⁠Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
*   Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
*   Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
*   Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.

'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Hadir Ke Konsert The Hardest Singing Show, Netizen Puji Tok Ram - “Comelnya Sokong Bini”

ARTIKEL BERKAITAN: "Alyah Layan Semua Macam Kawan Sendiri" - Sikap Membumi Buka Pintu Rezeki, Alyah Dilantik Duta Produk Kosmetik

#Alyah #Haji #Tarik Diri #The Hardest Singing Show #THSS