Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

TMSMY4 (Recap): Bunga Matahari Juara! Ini Markah Penuh Peserta Pentas Akhir!

Firdaus
19/02/2024 03:55 MYT

Pejam celik pejam celik, pertandingan The Masked Singer Malaysia musim keempat telah pun melabuhkan tirainya setelah 10 minggu berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

Sebanyak lima orang peserta yang terdiri daripada barisan selebriti popular telah mempersembahkan suara masing-masing di pentas utama.

BERITA TRENDING: TMSMY4: Bunga Matahari Nombor Syatu! Stacy Dinobat Juara The Masked Singer Malaysia 4

Pentas akhir menyaksikan maskot Bunga dinobatkan juara selepas persembahan dua lagu iaitu Lathi oleh Weird Genius ft. Sara Fajira dan Cinta oleh Marsha Milan.

Maskot Mat Helang yang dipakai oleh pelawak Namie pula berjaya meraih tempat naib juara dengan dendangan lagu Aku Skandal oleh Hujan dan Biarkanlah oleh Drama Band.

Berikut merupakan markah akhir peserta yang diperoleh daripada para juri:

#1 Bunga Matahari (Lathi/Cinta) : 80.91%

#2 Mat Helang (Aku Skandal/Biarkanlah) : 75.77%

#3 Sang Kancil (Aduh Saliha/Tiga Malam Tanpa Bintang) : 72.66%

#4 Biskut Aiskrim (Dondang Dendang/Skyfall) : 72.05%

#5 Teratai (It’s All Coming Back To Me Now/ Damelo) : 68.08%


Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah  Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Elly Mazlein, Rozita Che Wan dan Michael Ang. 

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat. 

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. 

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. 

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box. 

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga. 

Tertakluk pada terma dan syarat. 

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.

#Markah #The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #TMSMY4