Muda, cantik dan popular, membuatkan Nissa si vokalis Sabyan Gambus juga tidak terlepas dari jadi perhatian cowok.
Fakta itu tidak langsung dipungkari wanita dengan nama sebenar Khairunnisa, 19.
Saat ditemui di Kuala Lumpur awal minggu ini, Nissa yang menafikan dirinya sudah berkahwin apabila ada yang mendakwa menonton video pernikahannya yang viral dalam laman sosial mengaku banyak pria menaksir dirinya.
“Ya, ada cowok yang naksir. Ada yang naksir lalu di DM. Juga, terus yang ajak saya taaruf pun ada. Tapi saya santai aja. Ya, tidaklah,” katanya.
Namun, tidak juga pelantun Deen Assalam itu menafikan kalau dia dulu pernah berkencan.
“Pernah, pernah berkencan. Tapi itu waktu sekolah, kayak puppy love saja. sekarang nggak ada lagi,” imbuh Nissa sambil tersenyum manis.
Akuinya juga, zaman sekolah dia lebih senang bergaul sama teman laki-laki.
“Saya ini sebetulnya sedikit tomboi. Lebih banyak teman laki-laki berbanding cewek. Senang begitu saja,” ringkasnya lagi.
Justeru itu juga yang membuat dia selesa bersama Sabyan Gambus yang dianggotai oleh empat anggota laki-laki iaitu Ahmad Fairuz atau Ayus selaku pemain keyboard, Tubagus Syaifullah (Tebe, pemain biola), Sofwan Yusuf (Wawan, perkusi) dan Kamal (darbuka) sementara hanya dia dan Anisa Rahman (vokal kedua) saja perempuan.
Malah akuinya, tidak pernah dia berfikir untuk menjadi penyanyi solo.
Katanya: “Tidak pernah terfikir untuk bergerak solo. Saya lebih selesa untuk tidak menyanyi dengan minus one, sebaliknya kalo bersama band atau Sabyan Gambus saya diiringi musik.”
Kini bersama Sabyan Gambus, mereka semakin terbang tinggi. Sabyan Gambus kemarin malah merilis sebuah single berjudul El Oum di YouTube Official Sabyan Gambus.
Sabyan Gambus muncul dengan video lagu El Oum yang berkisah tentang ibu dan diunggah pada,22 Desember 2018 bertepatan dengan peringatan Hari Ibu.
Gempak ID
Sun Dec 23 2018
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum
Tampil Dengan Iklan Eksklusif Menerusi ‘Operasi Fizz’, Peminat Juga Berpeluang Jumpa Pelakon Filem ‘The Experts’ Di Sesi Jelajah
Tak sabar nak tengok filem The Experts!