Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Hun Haqeem Terkejut David Teo Hebahkan Kes Saman - "Saya Sedaya Upaya Nak Tutup Aib Orang..."

Umirah Halim
29/02/2024 10:54 MYT

Pelakon, Hun Haqeem mengakui dirinya terkejut apabila mendapat tahu penerbit, David Teo mendedahkan kepada umum tentang kes saman pelanggaran kontraknya bersama Metrowealth International Group (MIG).

Hun atau Haqeem Hermy, 26, berkata pihaknya sebelum ini memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan demi menjaga nama baik kedua pihak.

Dia juga turut mempersoalkan apabila pihak sana menghebahkan perkara ini kepada umum.

“Saya sebenarnya terkejut sebab masa pusingan pertama keputusan memihak kepada saya dan saya tidak memberikan apa-apa statement pun. 

“Sebab saya nak menjaga nama baik industri, tapi bila ada pihak sana yang keluarkan statement, saya rasa macam terkilan sedangkan perkara ini sudah berlangsungan daripada 2020 lagi. 


Berita Trending: Mesra Berduet Bersama, Hun Haqeem & Daiyan Trisha Beri Bayangan Bercinta?

“Alasan kenapa saya tak nak bagi sebarang statement adalah sebab saya tak nak tarnish any beauty of this industry.

“Jadi ketika saya tahu tentang video yang dibuat oleh David Teo itu agak terkejut lah sebab kita dah cuba untuk selesaikan dengan cara baik dan memilih untuk tidak bercakap apa-apa sebab sekarang ini kes pun masih lagi dalam perbicaraaan.

“Sebab saya sebagai selebriti saya ada target saya sendiri jadi saya tak mahu tunjukkan perkara yang negatif seperti ini," kata Hun ketika ditemui Gempak.

Mengulas lebih lanjut, Hun juga turut mendedahkan permasalahan ini juga turut memberi kesan terhadap masalah kesihatan mentalnya sebelum ini. 

“Saya agak terkesan dari segi saya punya personaliti sebelum ini saya ada bercakap kenapa saya ada mental illness.

"Sebab semasa PKP kita tak boleh shoot tak boleh keluar dalam masa yang sama kita dapat saman,”ujarnya lagi.

Bagaimanapun pelakon drama Chinta Wrong Direction itu menjelaskan bahawa hubungannya bersama David Teo masih dalam keadaan baik dan berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik. 

“Saya sedaya upaya ingin menutup aib orang jadi saya harap pasa masa yang dekat kes ini dapat diselesaikan. 

“Saya harap dapat selesaikan kes ini dengan cara yang sedamai yang boleh.

“Saya okay sahaja dengan David Teo kalau dekat mahkahmah pun saya akan salam dia saya tidak menyimpan sebarang dendam. 

“Sebab industri kita kecil sahaja, nanti kita akan berjumpa jugak,” jelasnya.

Untuk info, kes ini difahamkan masih di dalam proses mahkahmah dan proses perbicaraan seterusnya adalah pada bulan Oktober. 

Sebelum ini kecoh apabila Hun diminta membayar ganti rugi sebanyak RM613,950 kepada MIG susulan melanggar kontrak bersama syarikat berkenaan tiga tahun lalu.

la susulan Hun bertindak keluar daripada pengurusan MIG ketika kontraknya masin berbaki dua tahun.

#saman #David Teo #Hun #Haqeem