“Aku mahu pria millennial dengan bayaran Diva,” ujar Rossa sambil tertawa besar, bercanda tentang pasangan hidupnya.
Penyanyi genit bersuara emas itu bukan baru hidup sendiri bersama anak bujangnya, Rizky Langit Ramadhan, tetapi sudah melewati sembilan tahun.
Justeru bukan hal yang asing apabila Rossa yang mulu dipadankan bercinta dengan penyanyi muda, Afgan, ditanya soal jodoh. Soal kapan dia mahu kembali memegang status seorang isteri. Dan sosok pria yang bagaimana menjadi pilihannya sama ada pria muda atau seusianya.
Apabila pelantun lagu Hey Ladies itu menjawab pria millennial (muda atau masa kini) dengan bayaran diva (mempunyai ekonomi yang stabil), ia seperti memberi signal barangkali kisah asmaranya yang nggak mulu dikata bersama penyanyi muda Afgan, ada benarnya.
“Jadi, kapan nikah ama Afgan?", soal Gempak.id kepadanya yang disambut hilai tawa: “Iya nggak mungkinlah. Kapan pun nggak mungkin kok.”
Imbuhnya lagi: "Kan tempoh hari ada pemberitaan aku nikah ama Afgan, malah di YouTubenya tinggi banget tontonannya mencapai lima ribuan, padahal kan nggak pernah terjadi itu."
(Rossa mengaku dia menerima tarif bayaran manggung antara yang termahal di Indonesia.)
Akui Rossa yang ditemui saat makan tengahari di Restoran SukaSucre Bistro, Kuala Lumpur, siang hari tadi, keutamaannya kini bukan kapan mahu menikah lagi. Dia cuma mahu terus berbakti kepada orang tua dan menyayangi dirinya sendiri.
“Aku lebih senang membahagiakan orang tua ku, juga menikmati hidup ku sendiri. Iya, ada terfikir untuk settle down, tapi dengan siapa sih? Makanya, soal jodoh atau kahwin lagi memang nggak terlalu difikiri,” pungkasnya lagi.
Antara penyanyi termahal Indonesia
Seorang yang mempunyai personaliti manis dan mesra, Rossa juga mahu menjaga momentum karirnya. Tidak seperti banyaknya rakan seperjuangan lain yang barangkali sudah beralih fokus atau kurang manggung, jadual karir Rossa masih ligat.
Pemilik album A New Chapter itu masih kencang menerima tawaran manggung.
“Satu bulan aku cuma cuti sekitar lima hari,” akuinya. Itu berarti, Rossa menyanyi sehingga 25 hari dalam sebulan, sekali gus membuktikan popularitinya masih panas.
Jadi, bagaimana pula dengan tarif bayaran manggungnya baik di Indonesia mahupun di luar negara? Diusik nilainya yang nggak pernah usut, malah lebih besar daripada kebanyakan rakan penyanyi lain, Rossa hanya ketawa.
Namun, wanita itu juga tidak berselindung. Dia mengaku kalau pada zaman millennial dengan banyaknya penyanyi baru masa kini, dirinya masih punya nilai yang mahal.
“Iya, tarif bayarannya masih lumayan. Syukur Alhamdulillah. Masih bertaraf bayaran Diva,” imbuhnya sambil bercanda.
Tarif bayaran itu tentulah cocok dengan segala penghargaan yang pernah diterimanya.
Lihat saja deretan kemenangan yang diperolehnya sepanjang tahun ini. Terkini, bintang yang diberi gelaran Datuk Seri Rossa dari Malaysia, khususnya negeri Pahang itu baru meraih penghargaan di Big Apple Music Award (BAMA) 2018.
Rossa meraih penghargaan kategori Best Indonesia Artist 2018. Penghargaan diberikan di Amerika Serikat, tanggal 23 September lalu. Tahun lalu dia juga berhasil menyabet penghargaan The Best Indonesia Singer. Kala itu, majlis digelar di New York.
Apa lagi anugerah yang dimenangi Rossa? Dia juga membawa pulang anugerah The Most Consistent Indonesian Female Singer by 17th iRadio (2018) dan The Best Female Singer by SCTV Music Awards (2018) baru-baru ini.
Saat menyingkap semua keberhasilannya itu, Rossa bersyukur. Katanya rezeki masih baik dan dia tidak betah untuk duduk di rumah tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Justeru menyanyi terus menyuburkan semangatnya.
(Rossa bersama teman media dari Malaysia yang ditemuinya sewaktu makan siang, hari ini.)
Oleh: Maliah Surip
Foto: Haidan
Gempak ID
Mon Dec 10 2018
"Kahwin Jer Senang, Nak Akak Sponsor?" - Ifa Raziah Mohon Aliff Aziz, Sarah Yasmine Selesaikan Kemelut, Netizen Dua Negara Tak Bertelagah!
Selebriti versatil, Ifa Raziah menyeru agar semua pihak yang terbabit dalam kontroversi melibatkan selebriti Singapura iaitu Aliff Aziz dan Sarah Yasmine agar berhenti daripada terus bertelagah dan menyebarkan aib satu sama lain.
Isu Halau Sarah Yasmine, ‘Mok Cun’ Diperli Warga Singapura Jual Produk Dalam SGD - “Kenyang Kan?”
Pempengaruh dan pencipta kandungan dari republik itu, Hafidz Abdul Rahman memulangkan paku buah keras keras kepada Erma Fatima.
Aaron Aziz Enggan Ulas Kontroversi Aliff Aziz - “Saya Harap Masalah Itu Tak Jejaskan Peluang…”
Aaron harap isu itu tak jejas peluang orang lain.
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.