Penyanyi Aisha Retno meluahkan rasa kecewa apabila menghadapi masalah teknikal iaitu mikrofon tidak berfungsi ketika melakukan persembahannya di konsert keenam The Hardest Singing Show.

Aisha mohon maaf

Aisha yang membawakan lagu Kurniaan Dalam Samaran nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza turut membuat permohonan maaf di atas kesilapan teknikal tersebut.

“Saya sebagai penyanyi apabila menghadapi masalah teknikal lagi-lagi takde suara itu memang akan rasa down lah sebab lagu ini cukup besar, bahagian yang hilang suara itu adalah ketika klimaks persembahan.

“Saya mungkin tak nak salahkan sesiapa mungkin daripada side saya sendiri saya minta maaf, mungkin kalau ada rezeki lagi untuk bawakan lagu ini saya akan pastikan tiada masalah teknikal dan masalah yang lain.

“Saya sangat suka lagu itu jadi saya rasa macam kecewa juga lah,” katanya kepada Gempak.

Aisha bersyukur

Sementara itu, apabila diminta mengulas mengenai kedudukannya yang berjaya mendapat tempat pertama walaupun persembahannya terganggu dek masalah teknikal, Aisha bagaimanapun hanya menzahirkan rasa syukur terhadap barisan juri yang memahami.

“Saya pun tak habis fikir macam mana saya dapat nombor satu sebab walaupun ada masalah mikrofon di mana-mana pertandingan markah akan turun lah walaupun masalah itu bukan datang daripada kita.

“Tapi juri memang cukup memahami dan saya sangat bersyukur dengan itu,” tambahnya lagi.

Konsert minggu keenam ini telah menyaksikan Aisha Retno telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama dalam pertandingan The Hardest Singing Show.

Aisha tampil memukau penonton dengan persembahan bertenaganya yang diiringi instrumen muzik piano dan keyboard.

Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.

Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Penangan Sheesh & Persembahan Out Of The Box, Aisha Retno Raih Mata Tertinggi 94.55%! Ini Senarai Markah Penuh

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

​ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor

​ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”

Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.

Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show

* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000

beserta trofi sumbangan Astro.

* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.

* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.

'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.