Penerbit Eksekutif The Hardest Singing Show, Firdaus Mahadi tampil memberi ulasan mengenai penarikan diri kumpulan De Fam daripada rancangan realiti itu.

Azira kurang sihat

Jelas Firdaus, pihak DeFam memilih untuk menarik diri apabila Azira Syafinaz dikhabarkan sedang berdepan dengan masalah kesihatan.

“Sebelum bermula soundcheck kita pada hari Khamis lalu kita dimaklumkan pihak pengurusan DeFam yang menyatakan Azira dalam kondisi tidak begitu sihat.

“Jadi, apabila Azira tak sihat DeFam datang bertiga dan maklumkam mereka takkan perform tanpa Azira sebab Azira memang tak fit untuk perform on stage.

“Jadi mereka memohon kepada kita untuk penarikan diri daripada The Hardest Singing Show sebab DeFam tak boleh perform tanpa Azira atas masalah kesihatan,” katanya ketika ditemui Gempak.

Faktor kesihatan

Dalam pada itu, pihaknya turut memaklumkan bahawa faktor kesihatan dan keselamatan sangat diutamakan di dalam pertandingan ini, jadi mereka menerima keputusan tersebut.

“Faktor kesihatan dan keselamatan adalah keutamaan untuk The Hardest Singing Show seperti yang kita tekankan setiap minggu jadi penarikan yang sebelum ini bukanlah faktor yang sama jadi kami menerima penarikan diri DeFam.

“Pihak produksi mungkin akan mendapat kesan daripada segi kekurangan peserta tapi pihak produksi akan melakukan sesuatu untuk memastikan persembahan pada minggu itu terbaik,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Penangan Sheesh & Persembahan Out Of The Box, Aisha Retno Raih Mata Tertinggi 94.55%! Ini Senarai Markah Penuh

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

​ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor

​ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”

Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.

Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.

Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show

* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000

beserta trofi sumbangan Astro.

* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.

* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.

'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.