Nusantara

Tingginya Pengorbanan Seorang Ibu, Chrissy Teigen Bicara Kepedihan Kehilangan Anak Ketiga

Maliah Surip
28/10/2020
06:45 MYT
Model dan isteri penyanyi John Legend, Chrissy Teigen telah mengalami keguguran sekali gus kehilangan anak ketiga mereka awal bulan ini.
Masih dalam keadaan bersedih, Teigen yang mendapat sokongan dan kata kata semangat daripada banyak pihak akhirnya berbicara tentang perasaannya kehilangan anak lelaki yang dinamakan sebagai Jack.
Melalui muat naik terkini di akaun Instagramnya pada Rabu, Teigen mengambil potongan penulisan dari blognya dan menceritakan bagaimana dirinya serta suami sangat bertuah kerana dikelilingi orang yang mengambil berat dan prihatin terhadap mereka.
Dia juga sangat berterima kasih dengan ucapan yang diakui tidak mampu dibalas satu persatu.
Namun sebagai manusia biasa, naluri keibuan yang ada padanya belum boleh melupakan peristiwa bagaimana dia harus melepaskan kepergian Jack setelah selamat dilahirkan dalam 'pertempuran' yang panjang.
"Saya tidak tahu bila waktu yang sesuai untuk menuliskan ini. Adakah ia terlalu awal atau sebaliknya. Tapi setelah membaca banyak respons dari anda semua, saya memutuskan menuliskannya," kata Teigen membuka bicara.
Wanita yang juga penulis buku ini kemudian mengatakan telah diminta doktor untuk berehat secara bedrest untuk memastikan kandungannya boleh bertahan selama 28 minggu sebelum dilahirkan dengan selamat.
"Tapi saya telah diinduce untuk melahirkan pada usia 20 minggu kerana mengalami pendarahan teruk dan sekali lagi saya mempunyai masalah dengan placenta (saya memang mempunyai masalah placenta).
"Saya perlu melahirkan pada waktu kerana dia tidak mendapatkan makanan yang cukup dari placenta saya dan saya mengalami pendarahan yang teruk sehingga perlu menukar lampin pakai buang sejam sekali," katanya yang berjenaka tiba tiba menyukai lampin pakai buangnya yang berwarna warni dan ceria dengan corak bunga.
Namun setelah banyak usaha termasuk mengambil banyak darah selepas kehilangan darah yang banyak, doktor akhirnya memberi keputusan kepadanya.
"Saya tahu waktu ini pasti akan tiba setelah segala usaha kami jalankan. Doktor memaklumkan tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
"Dia tidak akan dapat bertahan, dan jika menunggu lebih lama, saya juga tidak akan selamat.
"Saya cuba untuk tidak menangis, tetapi akhirnya tidak boleh bernafas kerana terlalu sedih sehingga perlu diberikan oksigen. Saya tidak boleh membayangkan untuk melepaskan dia.
"Sebab itu saya katakan kepada ibu dan Legend, tolong rakamkan momen terakhir saya dalam keadaan apapun, walaupun dia sangat membenci untuk melakukannya pada saat itu," cerita Teigen lagi.
Setelah segala peristiwa yang tak diinginnya itu berlaku, Teigen mengatakan dia cuba kuat dan saban malam belajar untuk melupakannya.
"Ternyata ia adalah sebuah pengalaman buruk. Apa lagi mengenang bagaimana saya menunggu waktu untuk melahirkannya. Dan akhirnya dia lahir, kemudian harus mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
"Saya kemudian meminta nurse menunjukkan tangan dan kaki kecilnya. Saya menciumnya berulang kali sehingga tak ingat berapa lama melakukan hal itu," katanya yang mengaku segala yang terjadi akan terus menghantui dirinya.
Menerusi luahan yang cukup panjang itu, Teigen akhirnya menuliskan bahawa dia akan selalu memberitahu anak anaknya yang lain bahawa Jack sentiasa hidup bersama mereka.
"Jack akan selalu disayangi dan saya akan menjelaskan kepada anak anak bahawa dia kini berada di antara angin, di balik pokok mahukan menjelma sebagai rama rama yang mereka lihat," katanya yang tak henti mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka.
Instagram: @chrissyteigen
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Meghan Markle Pegang Takhta Selebriti Paling Menjengkelkan 2022

gempak
04/01/2023
13:55 MYT
Ranker saban tahun membuat undian yang dinamakan Celebrities You’re Sick of …
Nusantara

Bikin Haru, John Legend Lantunkan Never Break Khas buat Istrinya yang Baru Keguguran

gempak
15/10/2020
11:19 MYT
Hollywood

3 Minggu Alami Pendarahan Serius, Isteri John Legend Keguguran

gempak
01/10/2020
08:20 MYT
Tiada rezeki buat John Legend dan isteri...
Hiburan

Pertemuan BTS & John Legend Cetus Tanda Tanya

gempak
09/05/2019
22:36 MYT
Hollywood

Lega, Tak Perlu Sorok Lagi - Isteri John Legend Dedah Hamil Anak Kedua

gempak
23/11/2017
14:45 MYT