Sekilas
- Aya Balqis berkongsi mesej daripada Yuka yang mendakwa mereka hanya kawan, bukan pasangan kekasih.
- Aya meluahkan rasa sedih kerana merasa dirinya hanya dipergunakan sepanjang hubungan itu.
- Yuka menafikan dakwaan curang dan menjelaskan hubungannya dengan pempengaruh Indonesia, Jule, hanyalah sebagai kawan.
Kecoh mengenai hubungan cinta antara pempengaruh media sosial Aya Balqis dan kekasihnya, Yuka yang masih berlarutan hingga kini.
Terbaharu, Aya berkongsi mesej dipercayai daripada Yuka yang mendakwa mereka selama ini bukan pasangan kekasih sebaliknya hanya kawan sahaja.
"Aku pengen tahu (saya nak tahu), apa yang awak maksud dengan 'selingkuh' (curang), kerana setahu dan seingat aku, selama ini kita cuma teman sahaja,” tulisnya.
Mengakui sedih dengan kenyataan tersebut, Aya mendakwa dirinya selama ini hanya dipergunakan oleh Yuka.
"Sedih sangat, jadi selama ini cuma dianggap teman. Terus apa guna 'yukaya' (Yuka dan Aya)? Selama ini cuma dimanfaat la ya?" katanya.
Sementara itu, ruangan komen dihujani dengan pelbagai reaksi termasuk ada yang bersimpati dengan nasib Aya.
Terdahulu, Aya mendakwa Yuka terlah berlaku curang dan mempunyai hubungan sulit dengan pempengaruh Indonesia, Jule.
Begitu pun, Yuka menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia hanya berkawan dengan Jule.
Sumber: Instagram