Sebutlah apa jua jenis pekerjaan, tiada satupun yang senang. Waima bergaji kecil atau besar, tekanan dan bebanan yang tergalas menuntut amanah. Ada perkara yang ditanggung dan ada juga yang perlu dijawab. Tapi sebagai manusia biasa, semestinya kita tidak dapat lari daripada merasai semua ini. Mana lagi perlu multitasking, tangkas serba-serbi pasti ada ketikanya kita berasa malas mahu ke pejabat dek kerana perihal berikut:


Kredit Foto: Google
  1. Mesyuarat yang Tak Sudah-Sudah
Menjadi kelaziman di mana-mana syarikat apabila kita perlu hadiri mesyuarat itu dan ini. Hinggakan ada yang duduk dalam mesyuarat seharian, dari pagi sampai lewat petang. Bincang itu, bentang ini, dengar pendapat dan idea malah memang takkan pernah habis kalau bab mesyuarat ini.
  1. Kena Kerja Lebih Masa
Memang masaklah kalau sudah rancang mahu dating makan malam atau keluar tonton wayang dengan teman istimewa, alih-alih jam lima petang bos minta kerja lebih masa. Mulalah menyirap, naik angin satu badan! Kerja perlu diselesaikan, teman wanita pula merajuk sampai tak larat nak pujuk. Siapa pernah ada pengalaman? Kita geng!


Kredit Foto: Google
  1. Pembentangan Kertas Kerja
Gelabah buyung kalau diminta siapkan kertas kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat. Persiapannya bukan main lagi. Macam siapkan kontrak nak beli rumah! Punyalah teliti, takut salah save, maklumat tak lengkap atau salah fakta. Hinggakan makan tak kenyang, tidur tak lena memikirkannya. Sedangkan waktu nak bentangkan tak sampai 15 minit pun! Proses nak lengkapkan semuanya dibuat bagai nak rak!
  1. 'Follow Up' dengan Klien
Bab nak pujuk rayu, puji puja klien demi dapatkan kelulusan bukan senang ya. Kalau lewat update, klien fikir kita tak berminat pula. Kalau selalu tanya bertubi-tubi dikatakan kita meresahkannya hingga naik rimas! Pokok pangkalnya berdoalah agar urusan kerja kita dipermudahkan.


Kredit Foto: Google
  1. Kena Buat Kerja Kawan
Bukan berkira tetapi yang tak seronoknya apabila tugas kita siap pada waktunya, bos minta selesaikan bahagian yang sepatutnya dilengkapkan oleh rakan sekerja. Mesti rasa macam errrr, geramnya!
  1. Bos Kacau Luar Waktu Pejabat
Tak perlu tunggu sampai rumah, baru masuk kereta saja sudah ber ‘tet-tet’ mesej berbunyi. Kalau diam atau ‘krik krik’ dikatakan pasif. Hmmm, rasa bersalah kan? Paling sedih kalau sedang bergembira dengan keluarga ketika bercuti, bos minta itu dan ini. Boleh murung satu hari! Hahaha


​Kredit Foto: Google

7. Cuti Tak Diluluskan
Kita dan suami sudah beria rancang mahu bercuti. Bukannya jauh manapun, ke Langkawi saja. Sudah tempah segala tiket, anak-anak pun melonjak gembira; alih-alih bos tak luluskan cuti. Tak ke meroyan? Jadi, bos juga perlu rasional dan bertimbang rasa. Berilah peluang kepada staf asalkan segala kerja sudah disiapkan sebelum cuti sakan. Barulah staf boleh kembali bekerja dengan semangat baru lagi membara. Setuju?
  1. Dapat Team yang Tak Supportive (Makan Gaji Buta)
Antara sebab dan alasan yang membuatkan staf memilih untuk berhenti kerja adalah kerana ini. Apabila segala usaha dan tenaga dicurahkan demi menyempurnakan sesuatu tugasan tetapi rakan sekerja dan team sendiri bagaikan memandang sepi kesungguhan kita. Enggan beri kerjasama, mengelak kalau diberi tugasan atau tidak menyokong dan membantu satu sama lain. Sedih kan?

Kredit Foto: Google


  1. Boss yang Bossy
Tak kiralah sama ada bos lelaki atau perempuan, apabila ketrampilan atau sifat terlalu memerintah ditonjolkan; pasti staf berasa ada jurang besar dengan bos sendiri. Itu tak kena, ini tak betul atau pendek kata sukar mahu puaskan kehendaknya. Mungkin kita sudah tunjukkan usaha, buktikan yang kita boleh bekerja tetapi hujungnya bos pula claim dia yang berjaya dapatkannya.
  1. Bila Hujung Tahun Syarikat Isytihar Tiada Keuntungan
Memang gigit jarilah kalau dapat berita begini kan? Apatah lagi dalam keadaan ekonomi serba mencabar kini. Kerja bagai nak rak tapi hujungnya tak dapat apa-apa. Mungkin kamu perlu berfikir sedalamnya sama ada mahu kekal bekerja disitu atau cuba cari peluang pekerjaan lain.