Oleh: Afiza Kamarulzaman

Kredit foto: IG Khir Khalid, Syed Faizal & Tiar Zainal

Memegang amanah menyentuh wajah orang bukanlah suatu yang mudah, ia harus disusuli dengan beberapa kriteria penting untuk membuatkan kamu layak digelar JURUSOLEK.

Jarang sekali, ketika kita kecil, kita menyenaraikan nama jurusolek sebagai salah satu cita-cita kita apabila ditanya guru. Namun, ia bukan bermakna ia kerjaya picisan.

Jika kena gaya dan caranya, kamu boleh menjadi jurusolek cemerlang, asalkan kamu cukup ilmu di dada dan mengenggam etika profesionalisme dalam tugasan yang diamanahkan.

Bergelar MUA bukanlah bermakna kamu berasa ‘syok’ untuk berada di bawah limelight semata, paling penting kamu harus dihormati selayak karyamu yang bisa digelar ‘karya agung’ atau ‘berjemari emas’.

Berikut 10 syarat penting yang boleh kamu praktikkan jika mahu menjadi seorang jurusolek yang berkaliber dan disegani ramai:

1. IDENTITI

Seseorang yang berasakan dia berjiwa seni dan orang seni seharusnya punya identiti dalam setiap karya yang dihasilkan. Apabila melihatkan sahaja hasil solekannya, orang sudah dapat mengagak siapa pemiliknya tanpa perlu diberitahu nama MUA itu.

Kamu boleh menjadikan siapa sahaja sebagai idola tetapi tidak usah meniru bulat-bulat. Tetapkan identiti pada hujung jarimu.

Ucapan tahniah sekali lagi buat si cantik manis Che Puan Juliana Evans ?

A post shared by Khir Khalid (@khirkhalid) on

2. IMAGINASI DAN IDEA SEGAR

Jangan gelar dirimu seorang MUA jika kamu tidak mampu berimaginasi dan mengolah idea yang baik. Sesebuah karya solekan itu bermula dengan imaginasi dan ilham atau idea yang kemudiannya dizahirkan pada kanvas.

Banyakkan membuat rujukan tentang trend terkini dan menganalisis hasil karya orang lain.

Sekali lagi Khir ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua pegundi pegundi saya. I ❤️ guys ? & @intrendmalaysia yg telah mempercayai my art work dari awal hingga kini. #InTrendGala2017

A post shared by Khir Khalid (@khirkhalid) on

Le NOIR et #InTrendGALA2017 with @boscoooooooooooooo & @dayangsayangkamu

A post shared by Khir Khalid (@khirkhalid) on

3. PUNYA MENTALITI USAHWAN

Antara faktor terbesar yang menggagalkan kerjaya seorang MUA itu ialah apabila dia ‘terlupa’ memasukkan elemen ‘bisnes’ dalam kerjayanya. Jika kamu seorang MUA yang bekerja dengan sesebuah syarikat, adalah okey untuk kamu mengenepikan syarat ini.

Namun, jika kamu bekerja sendiri dengan hasil solekan itu, kamu harus ada ciri-ciri seorang usahawan terutamanya dari segi pengurusan akaun. Jika tidak mampu melakukannya, lantik seorang assistant untuk menguruskan keluar masuk akaunmu.

Touch for @juliamjunid solemnization Repost from @qippyphotography @TopRankRepost #TopRankRepost #wedding #weddings #preparation #makeup make up by @saidatulnisaaminuddin @juliamjunid #qippybrides

A post shared by Saidatulnisa Aminuddin (@saidatulnisaaminuddin) on

Tq darling.... ❤️? Repost from @rnqaqa @TopRankRepost #TopRankRepost Beautiful touch by kak @saidatulnisaaminuddin ?. Thank you so much ?

A post shared by Saidatulnisa Aminuddin (@saidatulnisaaminuddin) on

4. SEELOKNYA ADA INVOIS

Jangan malu untuk menghulurkan invoismu sebaik sahaja tugasanmu selesai. Ini penting untuk mengingatkan kamu dan klien tentang amaun yang perlu dibayar terhadap khidmatmu itu.

The #borneanbeauty @adelinetsen | #lauramerciermy #flawlessbeauty #flawlessfusion |

A post shared by Ayangkamell Ibrahim (@ayangkamell) on

A post shared by Ayangkamell Ibrahim (@ayangkamell) on

5. JAGA PENAMPILAN

Seperti juga kerjaya lainnya yang berdepan dengan orang ramai, kamu seharusnya menjaga penampilan diri, sesuai dengan gelaran yang dibawa. Tidak perlu yang trendy pun, asalkan terlihat kemas, bersih dan membuatkan orang selesa sepanjang bekerja denganmu.

Bengkel Pemantapan Imej Korporat, PERKASA Kastam Diraja Malaysia. 26/09/2017

A post shared by Ayangkamell Ibrahim (@ayangkamell) on

6. JANGAN DEGIL

Kedegilan juga menjadi antara penyebab kenapa kebanyakan MUA akhirnya ‘dilupakan’. Kamu boleh mempertahankan ideamu tetapi harus juga diingat, sebagai seorang ‘peniaga’, kamu juga seharusnya bersikap tolak-ansur dan sentiasa bersikap terbuka untuk menerima pendapat klien.

Mereka yang membayar. Jadi, tidak salah untuk memuaskan hati mereka atau jika tidak katakan sahaja NO untuk peluang itu dari awal lagi.

#trowback #bts . Thanks @simonnecey_ for this picture ? #makeupartistmalaysia #makeupartist #work #triptobangkok

A post shared by Surya Zainul (@suryamatahari) on

Selamat pagi semua ☀️?. Hari ni pagi2 dah keluar gambar foundation Shu Uemura ? sebabnya , kerja saya hari ini ialah bercakap tentang pemilihan warna yang betul foundation Shu Uemura yang akan berlansung di Shu Uemura butik One Utama jam 11 am nanti . Sesiapa yang berada di One Utama , jom singgah !!! ☺️? #makeupartist #makeupartistmalaysia #shuuemuramy #shuuemura #shuuemurafoundation

A post shared by Surya Zainul (@suryamatahari) on

7. SKIL KOMUNIKASI

Jangan ‘salah bual’. Itu yang terjadi kepada kebanyakan MUA apabila begitu selesa kala berdepan dengan klien. Belajar skil komunikasi yang betul. Kamu tidak perlu pun untuk menjadi terlalu peramah atau bermulut murai berlebihan, tetapi cukuplah bijak menyapa atau menjawab pertanyaan klien dengan tepat dan beradab.

Adalah satu bonus bagi MUA yang pandai bercakap, untuk melakukan tutorial atau sebagai juru cakap produk.

Jaga percakapan terutamanya apabila di kelilingi orang-orang yang kamu tidak ‘familiar’. Kita tidak tahu siapa yang boleh dipercayai atau kamu dikhianati nanti.

D A Y 1 Dior Backstage Collection Event Launching ❣️ . . @diormakeup #diorbackstage #diorMY

A post shared by Tiar Zainal™️ (@tiarzainal) on

#HARAM @haelhusaini grooming BY @tiarzainal ❤️ Photo by @ariffinsulaimannn

A post shared by Tiar Zainal™️ (@tiarzainal) on

8. BAWA ORANG YANG BETUL

Jika kamu mempunyai assitant atau sesiapa sahaja untuk dibawa menemani sepanjang tugasan, pastikan kamu ‘brief’ orangmu itu sebelum tiba di lokasi. Pastikan juga mereka menjaga etika dan bersikap profesional kerana mereka juga cerminan imejmu.

You can never get enough with what you don’t need, because what you don’t need won’t satisfy you. • • @shuuemura @sabrinalohh #makeupbykfbong #shuuemura #shuuemuramy #foundation #cushionfoundation #makeuplook #makeuplove #makeupbyme #makeupart #makeuplovers #makeuplife #makeupoftheday #makeuplover #makeuptalk #makeupgeek #makeupobsessed #makeuptutorial #makeuponpoint #makeupaddict #makeuptips #makeupmafia #makeupjunkie #makeupporn #makeupguru #makeupinspiration #makeupblogger #makeupmobb #instamakeup #makeupartistry

A post shared by Japhet Bong (kf bong) (@kfbongmakeup) on

@ritanadira_ wearing #bigliar mink lash during the grand launch in #kensapothecary The garden mall. . Photo @tommi.blink . @shindesumalaysia @shindesuproducts @kfbongmakeup @kensapothecary #kensapothecary #shindesumalaysia #bornlikethis #bigliar #minklashes #makeup #instamakeup #cosmetic #cosmetics #socialenvy #shopstemdesigns #fashion #mascara #palettes #eyes #lashes #lash #beauty #beautiful #pink #weddingmakeup #followme #makeupideas #makeupaddict #beautyblog

A post shared by Japhet Bong (kf bong) (@kfbongmakeup) on

9. RASA TANGGUNGJAWAB

Seorang MUA yang baik perlu ada rasa sayang dan bangga pada hasil karya yang diberikan. Justeru, macam mana stres atau tidak sukanya kamu terhadap tugasan yang diberikan, kamu harus sudahkannya sehingga keluar perkataan azimat ‘wrap’!

Dan, macam mana buruk atau mengecewakan pun hasilnya, kamu harus ada rasa tanggungjawab untuk mengakui itulah hasil sentuhanmu.

Jika ada silapnya, haruslah diperbaiki dari masa ke semasa.

? . Face : #syedskillereyes Hair : @juuu.ko . #syedskillereyesatwork #junk_ #dayangnurfaizah #ame2018

A post shared by Syed Faizal Syed Noh (@syedfaizalsyednoh) on

10. TEPATI MASA

Tidaklah cukup bagus seorang MUA itu jika tidak mampu menepati ‘call time’ yang telah ditetapkan. Alasan terlupa, terbangun lambat, tersangkut jammed, terkunci, tergaduh dengan boyfriend atau terparti semalam, bukanlah alasan yang mahu didengari oleh klien!

Usah beri alasan, “alah, mesti start lambatnya...” Siapa pun yang lambat, biarkan. Pastikan sahaja kamu bukanlah salah satu penyebab kerja jadi lambat. Satu sahaja perkataannya, disiplin!

Sekian. Semoga lebih ramai MUA hebat berjaya di lahirkan di Malaysia ini. Kita boleh, Malaysia boleh, Jurusolek Malaysia pasti boleh!

#BURBERRYxSYEDSKILLEREYES . #syedskillereyesatwork #burberrybeautymy #burberrybeauty #malaysia

A post shared by Syed Faizal Syed Noh (@syedfaizalsyednoh) on