Read

10 TREND Cantik 2018 — Trend No. 8 Memang PALING MUDARAT Kalau Wanita Malaysia Terlalu Obses

gempak
Public Anonymous User
05/02/2018
03:52 MYT
Sponsor Banner
10 TREND Cantik 2018 — Trend No. 8 Memang PALING MUDARAT Kalau Wanita Malaysia Terlalu Obses
Oleh: Afiza Kamarulzaman
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Buang yang lapuk, ambil yang ‘trendy’. Apa agaknya yang menarik tahun ini? Jom lihat:
1. Lips tint, Tinggalkan 'Matte'
Tahun lepas, trend bibir pusam atau matte menjadi kegilaan yang ketara. Apa kata direhatkan pula tahun ini? Kerana nampaknya kebanyakan label mekap awal tahun ini mengeluarkan pemulas bibir jenis tint.
Efek lip tint tidak sama dengan gincu mahupun pengilat bibir. Ia meninggalkan pigmen rona meresap yang lebih semula jadi dan mungil.

Kredit foto: Laneige

2. Pembayang mata ketara
Pilihan warna pembayang mata terang seperti biru elektrik atau merah plum dipadankan dengan garis mata tebal antara yang dilihat menjadi pilihan solekan mata tahun ini.
Ia dipupuk kemas dengan dominasi penuh pada kelopak mata. Bawah mata dibiar togel tanpa warna. Cuma digarisi sedikit highlighter untuk efek saiz mata lebih bundar.

3. Seni Riasan Kuku Grafik
Menata kuku dengan pelbagai hiasan terutamanya corak grafik masih menjadi kegilaan wanita dan dilihat akan terus semarak untuk tahun ini. Tidak perlu ke salun kuku, ia boleh dilakukan sendiri dengan membeli set lengkap hiasan kuku yang hanya perlu dilekat atau ditinta mengikut panduan yang diberi.

4. Bulu Mata Sebagai Statement Look
Hatta tanpa bulu mata palsu, gunakan sahaja maskara dan rautkan pada bulu mata selapisan demi selapisan sehingga menjadi setebal XXL. Terdapat banyak rekaan berus maskara yang dilengkapi fiber. Ia menjadikan bulu mata melentik dan kelihatan tebal untuk sepanjang hari.

Kredit foto: Urbandecay

5. Stail Rambut 2018
Menurut Pakar Dandanan Popular Malaysia, Ckay Liow, stail rambut untuk tahun ini yang diramalkan adalah yang kerinting, bersaiz besar, bouncy dan glamor. Rambut harus kelihatan dempak dan beridentiti super.
Scrunchie hair style juga boleh dipertimbangkan dengan gaya messy ringan seperti ikatan ekor kuda yang diserakkan sedikit.

6. Metalik! Metalik! Metalik!
Segalanya tentang metalik. Dirias sama ada di kelopak mata atau bibir. Jangan takut untuk kelihatan terlalu ekstrem dengan metalik kerana ia masih boleh kelihatan relevan walaupun untuk solekan harian.
Gunakan seminimalisnya, mungkin hanya secuit di hujung kelopak mata dan padankan dengan gincu nude. Ia sekelip mata menyerikan wajahmu.

7. Kemasan Wajah Kulit Sebenar
Seperti kebanyakan trend musim lalu, trend solekan asas wajah untuk tahun ini masih sama, yakni tipis dan polos. Tiada lagi penggunaan bedak padat atau tabur yang ditekankan. Hanya penggunaan bedak asas cecair atau krim. Wajah dilapisi kulit sebenar. Hanya noda ekstrem yang disamarkan.

Kredit foto: NARS

8. Obses Kepada Minyak
Kalau dulu, kebanyakan orang kita ‘takut’ dengan minyak kerana dikhuatiri meninggalkan kesan melekit pada kulit. Namun, kini ia dianggap satu rumusan paling bagus untuk tahun 2018.
Antara pilihan minyak yang digemari ialah Argan dan kelapa. Minyak dengan kepelbagaian fungsi untuk kesuburan rambut, kelembapan kulit dan keanjalan wajah. Formula minyak kini kebanyakannya memberikan kesan yang ringan dan tidak meninggalkan efek sememeh melekit pada kulit. Tetapi awas! Jika digunakan dalam kuantiti yang berlebihan, akan mendatangkan mudarat kepada kulit wanita.

9. Sesi Penjagaan Diri
Atas kesedaran pentingnya penjagaan kecantikan dari dalam dengan mengutamakan kesihatan tubuh, dijangkakan pusat penjagaan diri seperti gimnasium, kelas yoga, spa dan lain-lainnya akan menjadi kunjungan tetap para wanita tahun ini.
Amalan gaya hidup sihat menjadi pilihan mereka untuk tampil cantik dan sihat pada 2018.

10. Ledakan Produk Jepun
Kalau beberapa tahun lalu, jenama kosmetik dari Korea menjadi kegilaan pasaran. Dijangkakan, tahun ini produk kosmetik Jepun akan membuat ledakan kembali dengan penghasilan produk penjagaan kulit dan mekap berteknologi canggih dengan rumusan unik. Antaranya, Shiseido, Kanebo dan SK-II.

Kredit foto: Kanebo

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024