Inilah fasa yang sedang dilalui anak ketiga penulis, baru berusia lapan bulan. Pada awalnya sangkaan penulis mungkin kerana faktor ibunya bekerja dari rumah membuatkan Raudhah Husna selesa, suka dan senang hati melihat ibunya sentiasa ada didepan mata. Kalau tak nampak kelibat ibunya seketika tak apa, tetapi kalau sekilas lalu dia terpandang susuk tubuh ibu, tak tentu arah jadinya. Meronta-ronta minta dilepaskan daripada pangkuan sesiapa kerana dia mahukan ibu yang mengambil dan mendukungnya.

Kredit Foto: Google


Dan penulis sudah tentulah ada masanya rimas ketika berhadapan situasi ini. Mana lagi perlu siapkan tugasan, mahu ke tandas, solat, memasak dan pelbagai kerja-kerja rumah lain terganggu mendengar tangisannya. Sedangkan sudah ‘diberitahu’ “Ibu nak sidai baju kejap okey. Kejap je, nanti ibu main ya”. Namun tetap dia menangis teresak-esak bagaikan didera serasanya. Allahu, Tuhan saja yang tahu betapa stres nya mahu lunaskan semua kerja.

Apabila terbaca perkongsian Dr Redza Zainol yang turut berkongsi daripada muat naik Dr Ahmad Luqman Bukhari, memang penulis boleh relate. Anak asyik melekat pada mak dan bila ditinggalkan sekejap mesti anak menangis. Wajib untuk mak ayah ambil tahu tentang ‘Separation Anxiety’. Tulis Dr Ahmad Luqman Bukhari;

Memang mencabar emosi betul bila anak asyik nak melekat dengan kita sampaikan tak boleh nak berpisah langsung. Kadang tu mak ayah ‘hilang’ dari depan mata sekejap je tapi dia punya meraung, Ya Tuhan satu taman terperanjat dengar suara dia!

Kredit Foto: Google

Pantang rasa nak kena tinggal, tiba-tiba je 3C ni berlaku dengan amat dasyat – Crying (menangis), Cranky (merengek) dan Clingy (nak berdukung atau melekat je kerja). Tapi bila parents muncul balik, eh terus senyap budak tu. Siap tersengih-sengih lagi.

Inilah yang disebut fasa ‘Separation Anxiety’. Benda ni normal je sebenarnya dan selalu berlaku kat anak yang dalam lingkungan umur enam bulan hingga tiga tahun. Masa ni dia belum berapa faham lagi pasal konsep ‘Object Permanence’.

Pada dia, kalau parent tu tak ada kat depan mata, maksudnya memang tak ada! Hilang selama-lamanya! Sebab tu mak ayah semua wajib tahu lima teknik untuk atasi masalah ‘Separation Anxiety’ ni supaya semua tak stress nanti bila fasa ni berlaku pada anak kita sendiri.
  1. Biasakan Bercakap Dengan Anak Kita Bila Kita Nak Ke Mana-Mana
Masa nak ke toilet, beritahu, “Mak nak ke tandas ni.” Nak ke dapur ke, nak ke bilik ke pun sama. Mula-mula tu tak faham tapi lama-lama nanti, dia akan mula mengerti ke mana kita nak pergi.
  1. Cuba Main Kejar-Kejar Sekerap Mungkin
Untuk anak yang dah pandai merangkak, tak pun yang dah mahir berjalan, mak ayah cubalah main kejar-kejar dengan dia sekerap mungkin. Bila dia mendekat nak minta kita dukung, masa tu kita buat-buatlah lari macam tengah bermain dengan dia. Tak adalah nanti dia meraung kalau kita tak dukung pun sebab dia ingat yang kita tengah main dengan dia.
  1. Patuhi Janji Dengan Anak
Penting sangat untuk kita patuhi kalau dah berjanji dengan anak. Kalau kita cakap nak pergi sekejap, make sure betul-betul sekejap. Bila kita praktikkan macam ni, si kecil akan develop rasa confidence untuk ditinggalkan sebab dia tahu mak ayah dia takkan mungkir janji.
  1. Sediakan Keperluan Sebelum Tinggalkan Kepada Pengasuh
Ada anak yang jadi kacau bilau macam ni masa nak tinggakan kepada pengasuh. Jadi pastikan sebelum serahkan anak kita, cukupkan dulu semua keperluan fisiologi dia. Mana yang lapar berilah makan dan minum dulu. Mandi, tukar pampers siap-siap. Nanti, tenanglah sikit budak tu waktu nak kena tinggal.
Kredit Foto: Google
  1. Mak Ayah Kena Keras Hati
Akhir sekali, kena keraskan hati kita sikit kalau si kecil nak minta dukung. Beritahu yang kita tengah ada kerja nak siapkan. Tak apalah kalau dia menangis pun, biarkan kejap. Tapi bila dah siap je kerja terus kita datang balik entertain anak. Lama-lama nanti si kecil tu akan faham yang kita sebenarnya tak abaikan dia pun, cuma mak ayah ada benda nak kena selesaikan sekejap.