Highlights

6 Sifat Jiran Yang Tak Boleh ‘Blah’ – Pasti Kalian Pernah Alaminya Bukan? Ya, Faham…Sakitnya Tu Disini…

gempak
Huda Hussain
29/12/2019
10:21 MYT
Sponsor Banner
6 Sifat Jiran Yang Tak Boleh ‘Blah’ – Pasti Kalian Pernah Alaminya Bukan? Ya, Faham…Sakitnya Tu Disini…
Tidak dinafikan bahawa hidup dalam masyarakat sebenarnya kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tanpa mengira latar belakang, pangkat ataupun darjat; ke mana jua kita pergi pasti kita tidak dapat lari daripada hidup berjiran. Ya, jiran adalah individu yang tidak kurang penting peranannya kalau kita ditimpa musibah atau kecemasan. Kerana lazimnya jika ada apa-apa perkara kecemasan berlaku di rumah, pasti jiranlah yang kita hubungi untuk meminta bantuan dan pertolongan.
Kredit Foto: Google
Namun demikian, kebelakangan ini sifat kejiranan bagaikan tidak seutuh dulu. Kala waktu petang pasti ibu-ibu sekitar lorong perumahan berkumpul. Mungkin ‘membawang’ sambil duduk di atas batu luar rumah dan bangku kayu. Ada yang bertukar-tukar juadah minum petang dan masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya dengan bertanya khabar atau apa jua isu berbangkit. Ya, masing-masing mengambil berat mengenai perihal anak-anak dan peka dengan apa yang berlaku ketika itu.
Kredit Foto: Google
Malah jika jiran tiada di rumah dan ada kain baju bergantungan di luar, kita juga yang bergelut dan mengangkatnya. Semuanya dilakukan atas dasar tolong-menolong. Oh, banyak sebenarnya mahu dirungkai perihal jiran andai kita memahami tanggungjawab yang satu ini. Tetapi kini mungkin senarionya tidak sama. Terutamanya mereka yang tinggal di kondominium, apartment dan seumpama dengannya. Malah mungkin ada yang tidak kenal dengan jiran sendiri. Ya, ia tidak mustahil kerana faktor kerjaya yang mungkin jadi kekangan untuk meluangkan masa mengenali siapa jiran kita. Kita balik rumah dari kerja, jiran baru nak pergi kerja. Dan begitulah sebaliknya. InTrend kongsikan bingkisan kisah jiran yang mungkin kalian sendiri pernah berhadapan dengan situasi yang sama.
Kredit Foto: Google
  1. Jiran CNN
Mohon dijauhkanlah daripada mempunyai jiran seperti ini. Bukan tak boleh ambil tahu perihal dalam rumah kita tetapi berpada-padalah. Janganlah menyibuk soal rumahtangga jiran pula. Hinggakan kalau dapat tahu sesuatu isu dijaja cerita sana sini hingga kecoh dibuatnya. Ya, ambil berat dan peduli itu besar peranannya namun jangan tersilap langkah hingga menjerat diri.
  1. Jiran Privasi
Susah juga kalau dapat jiran seperti ini. Asyik fikirkan hal dia sahaja hinggakan tak mahu bercampur dan bergaul dengan jiran sekeliling. Asal sampai rumah saja, tutup pintu dan tingkap rapat-rapat dan duduk terperap di dalam rumah. Bayangkan kalau berlaku kecemasan atau kematian dalam rumah, siapa yang akan sampai terlebih dahulu kalau bukan jiran? Jadi berbaik-baiklah dengan jiran kita okey!
Kredit Foto: Google
  1. Jiran Pengotor
Kerap juga terdengar kisah jiran yang sesuka hati membuang najis haiwan peliharaan, sampah dan sebagainya di rumah jiran sebelah. Memang boleh bawa gaduh kalau ada jiran macam ini. Kalau anda mahu rumah sendiri bersih, janganlah pula kotorkan rumah jiran sebabnya jiran pun mahukan rumah dia bersih sama seperti anda. Dan jangan pula fikir, jiran anda tiada perasaan. Mungkin sekali dua dia boleh bersabar, dan kalau sudah kerap kali diperlakukan sedemikian pastilah meletus api kemarahan. Pokok pangkalnya, hormati jiran sekeliling dan bertimbang rasa, pasti hidup tenang lagi bahagia.
  1. Jiran PHD
Kalau dapat jiran yang punya gelaran doktor falsafah ini pastilah kita mengaguminya. Tapi kalau punya jiran yang ada sifat ini (perasaan hasad dengki) memang tak ke manalah jawabnya. Asal kita beli perabot baru, dia pun sibuk beli perabot juga. Apabila peti sejuk rumah kita rosan hingga tak boeh dibaiki dan perlu tukar baru, diapun tak mahu kalah. Wah betul punya kaya ya jiran macam ini? Ada lagi tak dengar cerita jiran macam ni?
Kredit Foto: Google
  1. Jiran Pentingkan Diri
Kalau sekali dua mungkin boleh diterima, tetapi kalau setiap kali laluan pintu masuk rumah kita di halang dengan kereta jiran, boleh naik angin dibuatnya. Tak gitu? Walau berapa biji kereta yang anda miliki, kalau mahu parkir di hadapan rumah jiran; mintalah izin terlebih dahulu. Jangan sesuka hati atau sesedap rasa saja parkir kereta kita merata-rata hingga mengganggu jiran. Bertimbang rasalah sikit ya.
  1. Jiran Hidung Tinggi
Bayangkan kalau anda hidup dengan jiran yang berlagak sombong, meninggi diri, megah dengan apa yang dia ada; alahai pasti sesak dada. Bukan cemburu tetapi kalau kita senyum pun dibalas dengan jelingan, haaa… Macam mana? Tak kisahpun kalau nak bermegah-megah dengan kekayaan sendiri, tapi sekali-sekala perlu juga toleh ke belakang dan lihat ke bawah. Walau tinggi manapun pangkat kita, kalau dengan jiran pun sentiasa sakitkan hati, menyombong tak tentu pasal; pergilah ke mana pun anda tetap takkan dihormati.
Bagi penulis, semaikan sifat toleransi, bertanggungjawab, hormat-menghormati dan bertimbang rasa sesama jiran. Jangan pentingkan diri sendiri dan fahami konteks sebenar hidup bermasyarakat. Barulah hidup bermuafakat dan memberi berkat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024