Sifat dan naluri semula jadi setiap wanita pasti ingin tampil cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki. Benar tak salah dengan pemakaian alat kosmetik, set penjagaan muka dan sebagainya sebagai ikhtiar kita untuk mendapatkan hasil yang diingini. Tetapi kecantikan itu bermula dari dalaman. Mungkin klise, tetapi itulah natijahnya. Cantik dalaman cantik luaran. Penulis terpanggil untuk berkongsi tips dan amalan kecantikan yang boleh dicuba berasaskan secara alami juga mengikut amalan Islam Insya-Allah jika rajin dan konsisten melakukannya, akan membantu penampilan anda kelihatan cantik dan sempurna seadanya.
  1. Amalkan Bangun Pagi Dan Mandi Sebelum Subuh
Banyak kelebihan jika anda amalkan mandi sebelum Subuh. Biasanya pada waktu pagi anda
akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan
kesejukan. Maka selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi
menggunakan air sejuk. Ia dipercayai dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Perihal
yang sama dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit juga akan
menjadi lebih lembut dan halus.
Kredit Foto: Google
  1. Minum Segelas Air Putih Sebelum Menggosok Gigi
Selepas bangun tidur dan sebelum menggosok gigi cuba jadikan rutin dengan meminum segelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama dalam mulut untuk seketika. Baca dalam hati selawat tiga kali kemudian barulah disusuli dengan menghabiskan air tadi.
  1. Tadah Air Sambil Baca Selawat
Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka, tadah air ditapak tangan sambil membaca selawat tiga kali. Hembuskan pada air tersebut dan usap ke wajah bermula dari dagu naik ke atas hingga dahi. Ulang langkah sama tiga kali. Elakkan membasuh muka dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

Kredit Foto: Google
  1. Baca Surah Yusuf
Selepas selesai solat Subuh, bacalah Surah Yusuf. Kemudian teguk sebanyak tiga kali air suam. Insya-Allah, ia akan membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
  1. Amalan Selepas Solat Isya
Setelah selesai menunaikan solat Isyak, amalkan membaca Surah Al Fatihah (sekali), Ayat Qursi (sekali) dan Surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak tujuh kali. Kemudian, tiupkan pada segelas air dan niatkan ‘Ya Allah, perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku’. Ayat 35 hingga 38 dari Surah Al Waqiah juga elok dibaca dalam hati sebanyak tiga kali sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi.
Kredit Foto: Google
  1. Jangan Makan Bersulam Air
Seeloknya minum segelas air kosong 30 minit sebelum makan dan 30 minit selepas makan.
  1. Amalkan Membaca Al Quran
Kalau sebelum ini anda jarang sekali membaca Al-Quran, apa kata jadikan ia sebagai habit dan rutin yang lama kelamaan akan menjadi kebiasaan. Niatkan membaca Al-Quran ikhlas kerana Allah SWT.
  1. Banyakkan Selawat, Sedekah Senyuman
Perbanyakkan selawat ke atas Nabi junjungan kita dan sedekah. Paling mudah hadiahkan senyuman sebagai satu sedekah. Dan dalam masa sama, perbanyakkan solat Tahajud.

Sumber: Rumahku Syurgaku