Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Fazley Yaakob bersyukur apabila persembahannya pada konsert kedua GV Ahad lalu tidak terlalu dibuai emosi hingga mengganggu kawalan suaranya.

Menurut Fazley, dalam pada masa sama, dia juga berpuas hati apabila mampu mengawal perasaan gemuruh ketika beraksi di pentas.

“Saya puas hati sebab saya tahu performance lebih baik daripada minggu lepas kerana saya dapat kawal saya punya gemuruh tu.

“Alhamdulillah tidaklah ke laut sangat, saya masih boleh sampai nota-nota muzik saya. Saya faham kawalan emosi sangat penting, tapi yang saya buat ini cara saya,” katanya.

Jelas Fazley lagi, dia juga nekad untuk melakukan persembahan yang lebih baik untuk minggu ketiga.

“Andai kata saya peluang minggu ketiga, saya akan tambah baik. Tema saya dalam GV adalah keluarga.

“Minggu satu untuk anak, minggu kedua untuk arwah ayah.

“Ayah saya dah meninggal lima tahun, tapi sebagai ketua keluarga kita tak boleh tunjukkan yang kita sedih.

“Lagu ini banyak kenangan dengan ayah saya, bila saya menyanyi saya menyanyi untuk ayah saya.

“Ini wasiat ayah, walaupun apa berlaku jangan berhenti menyanyi,” katanya.

Tambah Fazley yang popular dengan lagu Asmara Ini, dia akui agak malu kerana telah mengalirkan air mata di pentas GV.

“Masa korus kedua saya buka gambar arwah tu saya nak menangis dah. So memang terpaksa kawal, nasib baik saya tak terganggu.

“Tapi dah habis menyanyi terkeluar juga air mata, malu juga sebab jutaan tengok.

“Jujur saya ckp masa masa dia playback tu,saya terlupa mereka dah rakam pasal ayah saya tu. Tak teringat langsung.

“Time tu saya dah menangis dalam hati, lutut menggigil tangan menggigil, sebab saya macam dah menangis sebelum start menyanyi.

“Saya masuk dunia nyanyian kerana ayah, dia tiada takkan saya nak berhenti menyanyi.

“Ini peluang saya tunjukkan pada orang abang asmara is back,” katanya.

Sekadar info, konsert kedua Gegar Vaganza 8 (GV8) yang berlangung semalam menyaksikan Fazley berada di kedudukan kedua terbawah dengan markah sebanyak 56 peratus.

Kumpulan Nico G pula menjadi bintang yang berada di kedudukan terbawah dengan hanya memperoleh markah 52.9 peratus.

BACA : GV8: Tiada Penyingkiran! Nico G Tercorot, Aliff Aziz Juara Mingguan Lagi