gaya hidup

Adab MALAM PERTAMA – Jangan Main ‘Ngap’ Je. Bagilah Salam, Bergurau Dulu. Sabar, Tak Lari Gunung Dikejar.

gempak
Afiza Kamarulzaman
26/03/2021
14:08 MYT
Sponsor Banner
Adab MALAM PERTAMA – Jangan Main ‘Ngap’ Je. Bagilah Salam, Bergurau Dulu. Sabar, Tak Lari Gunung Dikejar.
Malam pertama adalah malam yang sangat dinantikan oleh kebanyakan pasangan yang baru bernikah. Betul? Inilah malam pengikat kasih-sayang dan buat pertama kalinya si suami boleh menyentuh isterinya secara halal tanpa ragu lagi.
Malah sentuhan yang berniatkan untuk berkasih-sayang dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri itu akan disusuli pula dengan pahala daripada Allah. Bukankah besar rahmat dan barakah dalam hubungan intim itu?
Namun, buat kalian yang sedang atau bakal menjengah momen ini, pastikan melakukan persiapan seperti mana kalian bersedia untuk membuat majlis walimatulurus itu. Fizikal dan mental harus dalam keadaan yang baik.
Kredit Foto: Google
10 Adab dan Etika Memulakan Malam Pertama
  1. Bersihkan diri terlebih dulu. Islam sendiri amat mementingkan kebersihan, maka jadikanlah ia gaya hidup bersama pasangan membuka lembaran baru rumah tangga.
  1. Berwangi-wangian mampu menambah ‘mood’ memberangsangkan di atas katil. Cubalah berpenampilan menarik dengan pakaian menggoda, sisir kemas rambutmu.
  1. Sebelum melakukan malam pertama, bagi kedua pasangan disarankan untuk melakukan solat sunat. Tentunya hal ini menjadi salah satu cara untuk mencairkan suasana agar lebih nyaman.
  1. Beri salam kepada isteri. Suami hendaklah mengucapkan salam terlebih dahulu 'Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh' kepada isteri, sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah.
  1. Sebelum memulakan adegan berat, bergurau sendalah terlebih dulu dengan pasangan untuk mewujudkan suasana lebih tenang dan santai.
  1. Berdoa untuk isterimu. Sang suami hendaknya meletakkan tangan pada ubun-ubun isteri sambil membacakan doa baginya. Rasulullah bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu menikahi wanita atau membeli seorang budak maka peganglah ubun-ubunnya lalu bacalah 'basmalah' serta doakanlah dengan doa sambil mengucapkan; "Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya dan kejelekan tabiat yang ia bawa".
  1. Membaca niat atau doa. Tujuan membaca doa sebelum melakukan hubungan suami-isteri adalah agar ketika sedang melakukan hubungan intim, terhindar daripada gangguan syaitan. Berdoalah dengan lafaz; “Allahumma janibnasyaithana wa jannibi syathaanamaa razaqtana." Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang hendak Engkau kurniakan kepada kami." (HR. Bukhari-Muslim).
  1. Jangan bertelanjang bulat. Jangan melepaskan seluruh pakaian daripada tubuh, setidaknya tutuplah tubuhmu dengan selimut atau kain pada saat melakukan hubungan suami isteri.
  1. Pujuk rayulah isteri sebelum memulakan hubungan intim kerana seorang perempuan hanya akan terbit nafsunya jika dirayu dengan ayat-ayat cinta.
  1. Jangan paksa jika isteri tidak benar-benar bersedia seperti berasa sakit atau dalam keadaan dia datang bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live