Read

Adakah Anak Anda Naturalistic Learner? Ini Yang Perlu Dilakukan Ibu Bapa, Tidaklah Anak-Anak Bosan.

gempak
Huda Hussain
08/08/2020
12:16 MYT
Sponsor Banner
Adakah Anak Anda Naturalistic Learner? Ini Yang Perlu Dilakukan Ibu Bapa, Tidaklah Anak-Anak Bosan.
Tidak dinafikan walaupun kini ibu bapa diberi kelonggaran membawa anak kecil keluar tetapi masih ramai juga dalam kalangan ibu bapa yang enggan berbuat demikian. Semuanya gara-gara bimbang dengan penularan Covid-19 yang semakin meningkat kes positifnya.
Jadi apa solusi untuk hiburkan anak-anak atau pastikan masa anak-anak terisi dengan aktiviti berfaedah walau hanya duduk di rumah? Perkongsian Dr Redza Zainol ini merungkai dilema anak-anak yang dikategorikan sebagai Naturalistic Learner.
Kredit foto: Google
Seminggu ni saya tengok anak saya asyik meragam je. Makin lama makin susah nak tidur malam. Fikir punya fikir, baru saya tersedar. Dah makin jarang saya bawa anak bermain di luar rumah. Selalunya, hampir setiap hari saya bawa anak naik basikal jauh sampai ke kebun pokok getah.
Kat situlah anak-anak kutip biji getah, ranting kayu dan daun yang menarik coraknya untuk dibawa balik. Mula-mula saya fikir entah apa yang anak saya ni main. Lama-lama baru saya faham yang anak saya ni jenis Naturalistic Learner.
Dia ni jenis yang lagi cepat belajar bila dikelilingi oleh alam semulajadi.
Kredit foto: Google
1) Selain tu, kanak-kanak Naturalistic Learner suka:
  • Libatkan diri dengan "hands-on activities".
  • Suka aktiviti di luar rumah/ bilik darjah.
  • Suka belajar mengenai binatang dan tumbuh-tumbuhan.
  • Suka aktiviti yang membolehkan mereka menyentuh dan memegang.
2) Nak anak belajar dengan lebih cepat, buat je aktiviti ni dengan anak:
  • Baca buku di buaian.
  • Main kad atau board game di atas rumput.
  • Main anak patung di bawah pokok.
  • Berkebun bersama.
  • Bermain dalam lumpur.
  • Mandi dalam hujan.
  • Panjat pokok.
  • Bermain dengan ranting kayu.
  • Ajak anak perhatikan langit.
  • Bawa mainan yang biasa main di dalam rumah, ke luar rumah.
3) Mengikut kajian, kanak-kanak hanya perlukan 10 minit sehari untuk bermain di luar rumah.
4) Tapi kebanyakan kanak-kanak meluangkan 7.5 jam sehari menghadap skrin elektronik.
5) 1 daripada 5 kanak-kanak hanya bermain di luar rumah sekurangnya sekali seminggu.
6) Tips Untuk Mak Ayah:
  • Luangkan sekurangnya 20 minit, 3 kali seminggu, bersama anak, di luar rumah.
  • Kajian menunjukkan, bermain di luar bersama alam sekitar dapat menurunkan hormon stress (kortisol).
Kredit foto: Google
Kuncinya, ibu bapa perlu kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran tidak formal walaupun terdapat limitasi dalam persekitaran. Misalnya jika tinggal di kondominium atau kawasan perumahan yang tidak mempunyai laman.
Paling tidakpun, bawa anak-anak bersiar-siar di taman tasik atau beriadah seperti berbasikal, jogging dan sebagainya. Sedangkan kita yang dewasa pun kalau asyik terperap boleh bosan, inikan pula anak-anak yang gemar berinteraksi dengan persekitaran.
Kualiti masa yang penting untuk diluangkan bersama anak-anak. Selamat beriadah bersama keluarga semua!
Kredit foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live