Highlights
Anoreksia Nervosa – Antara Penyakit Sering Hantui Remaja. Jika Tidak Dikawal, Ia Boleh Bawa Maut!
Benar penyakit ini bukanlah satu isu kesihatan yang baru tetapi ia bagaikan berulang khususnya dalam kalangan remaja. Hingga menimbulkan kebimbangan bagi ibu bapa yang terpaksa berhadapan dengan anak-anak yang mempunyai gejala seperti ini. Berdasarkan tinjauan dan pembacaan, menerusi laman Facebook peribadi Dr Ahmad Samhan, seorang doktor di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur; ada huraian lanjut mengenai penyakit yang popular dalam kalangan anak remaja kita.
Kredit Foto: Facebook Ahmad Samhan
“Doktor, saya perasan kebelakangan ni adik saya umur 15 tahun makin kurus”
“Bila ajak makan, dia tolak. Kalau nak keluar, mesti berdiri lama depan cermin. Dia suka duduk sorang-sorang dalam bilik”
Anorexia Nervosa adalah gangguan mental yang mana seseorang tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk. Golongan itu juga akan merasakan yang dirinya lebih gemuk daripada keadaan sebenarnya, walaupun sebenarnya mempunyai kurang berat badan. Penghidap penyakit itu akan merasakan yang dirinya tidak cukup kurus. Kajian Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) mendapati 1% daripada populasi Malaysia mengalami penyakit itu akibat beberapa faktor. 90% pesakit anorexia adalah wanita dan umur permulaan dalam lingkungan 11 tahun.
APA PUNCANYA?
1. Faktor Genetik Risiko anoreksia meningkat di kalangan orang yang keluarga mereka mengalami penyakit yang sama, obesiti, bulimia nervosa, kemurungan, ketagihan alkohol dan ketagihan dadah.
2️. Faktor Umur
Remaja wanita yang menumpukan perhatian yang berlebihan kepada penampilan dan kecantikan diri boleh mengalami penyakit ini.
Kredit Foto: Google
3️. Keyakinan Diri yang Rendah
Seseorang yang tidak menyukai diri sendiri, membenci penampilan diri atau suka menetapkan sasaran yang susah untuk dicapai bagi diri untuk merasakan baik tentang diri sendiri.
4️. Tekanan
Tekanan fizikal, psikologi, penderaan seksual atau peristiwa tekanan (kematian seorang sahabat atau saudara, perceraian) boleh menyumbang kepada perkembangan gangguan makan.
Kredit Foto: Google
5️. Pengaruh Media Sosial
Iklan-iklan yang dipaparkan di tv, internet dan media cetak selalunya memaparkan tip-tip bahawa badan yang kurus berkesan lebih baik dari segi penampilan dan kecantikan.
6️. Penyakit-Penyakit Lain
Seperti “congenital adrenal hyperplasia” dan penyakit lupus boleh menyumbang kepada penyakit anoreksia.
CARA MENGATASINYA?
- Melakukan senaman ringan ketika rasa stres.
- Akui bahawa diri sendiri sedang menghadapi penyakit anoreksia.
- Makan makanan seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
- Ikuti sesi kaunseling.
- Mengambil ubatan antidepresen, antipsikotik, dan penstabil mood seperti yang dinasihatkan oleh doktor
- Bersosial.
- Sokongan padu dari keluarga.
Kredit Foto: Google
Anorexia adalah keadaan yang mengancam nyawa yang boleh membawa kepada kebuluran, kegagalan jantung, ketidakseimbangan elektrolit, atau bunuh diri. Bagi sesetengah orang, gangguan ini adalah penyakit kronik yang berlangsung seumur hidup.
Tetapi rawatan boleh membantu orang dengan anoreksia membentuk gaya hidup sihat dan mengelakkan komplikasi anoreksia. Anoreksia dan bulimia adalah dua gangguan makan. Dalam anoreksia, pengambilan kalori yang kurang kerana makanan yang tidak mencukupi. Dalam bulimia, pesakit muntah selepas makan tanpa membenarkan penghadaman dan penyerapan.Must-Watch Video