Read
Anugerah MeleTOP Era 2020 Salur Kutipan Undian ke Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 — Sambil Undi, Kita Menderma!
Melihat kepada situasi pandemik COVID-19 yang berterusan di Malaysia, pihak produksi Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) mengambil keputusan untuk menyalurkan kutipan terkumpul dari undian fasa kedua menerusi sistem pesanan ringkas atau SMS* ke Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 yang dikendalikan oleh Sinar Harian.
Seiring dengan keputusan yang dibuat kesemua kaedah talian undian fasa kedua bagi penganjuran AME 2020 juga akan ditutup secara rasmi pada 31 Mac 2020, Selasa, jam 6.00 petang.
Termasuklah undian menerusi kiriman SMS, mahupun di platform online www.anugerahmeletopera.com.my dan di aplikasi SYOK. Kutipan yang bakal disalurkan adalah dari undian SMS sejak pembukaan fasa kedua yang bermula pada 3 Mac lalu sehingga tarikh tutup undian pada 31 Mac ini.
Termasuklah undian menerusi kiriman SMS, mahupun di platform online www.anugerahmeletopera.com.my dan di aplikasi SYOK. Kutipan yang bakal disalurkan adalah dari undian SMS sejak pembukaan fasa kedua yang bermula pada 3 Mac lalu sehingga tarikh tutup undian pada 31 Mac ini.
Kiraan penuh undian untuk penganjuran AME 2020 akan dibuat selepas talian undian ditutup, mengikut kepada perancangan asal. Pengumuman terkini berkenaan tarikh baharu, lokasi dan butiran lanjut mengenai penganjuran AME 2020 hanya boleh dibuat apabila situasi getir kemelut pandemik COVID-19 pada ketika ini kembali reda.
Pihak AME 2020 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengundi kerana anda telah memberi sumbangan kepada Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 melalui kiriman SMS anda.
Kami juga ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul berhubung dengan perubahan yang berlaku ini. Untuk sebarang informasi terkini mengenai AME 2020, sila layari www.anugerahmeletopera.com.my.
Must-Watch Video