Kecantikan

Apa Rahsia Orang JEPUN Lebih Sihat, Kurus dan Panjang Umur? – Cara Pemakanan dan Mereka Suka Berjalan

gempak
Afiza Kamarulzaman
04/10/2021
09:20 MYT
Sponsor Banner
Apa Rahsia Orang JEPUN Lebih Sihat, Kurus dan Panjang Umur? – Cara Pemakanan dan Mereka Suka Berjalan
Jepun bukan sahaja dikagumi dengan teknologi dan kemajuan ekonominya, malah peradaban mereka juga dipuji. Cara hidup yang diamalkan mereka ada kalanya lebih baik daripada kita dan ada antara amalan mereka yang lebih ‘islamik’ berbanding orang Islam sendiri. Antara yang paling ketara adalah cara mereka menjaga pemakanan dan mengutamakan kesihatan.
Jepun terkenal sebagai negara yang mempunyai penduduk berumur panjang. Mengikut data pada tahun 2014, purata umur bagi lelaki adalah 80.50 tahun manakala bagi perempuan Jepun adalah 86.53 tahun.
Kesedaran tentang kesihatan bagi orang Jepun adalah amat tinggi. Ramai antara mereka yang melimitasi pengambilan makanan dan melakukan senaman. Mereka juga menitikberatkan pemeriksaan kesihatan yang dilakukan saban tahun.
Amalan dan Gaya Hidup Sihat Orang Jepun
Aspek Makanan dan Cara Makan
Kebanyakan makanan Jepun berasaskan sumber yang sihat seperti ikan, rumpai laut, sayuran hijau, soya, nasi, buah-buahan dan teh hijau. Paling penting mereka tidak gemar makanan segera. Teknik memasak orang Jepun juga lebih pada merebus, bakar, panggang, stim dan menggoreng dalam kuali leper dengan minyak yang sangat sedikit. Sayur pula di masak sekajap sahaja untuk mengekalkan khasiatnya. Air rebusan sayur wajib diminum sebagai alas perut sebelum tidur. Oh, mereka juga seperti orang Malaysia yang suka makan nasi. Tapi kenapa mereka tidak gemuk? Dipetik dari Huffpost, sainstis pengkaji kardiovaskular di Institut Jantung Amerika Syarikat iaitu James DiNicolantonio menyatakan kombinasi makananan antara karbohidrat dan rendah lemak adalah jawapannya. Gabungan nasi dan beberapa menu makanan yang rendah lemak merupakan kunci utama mengapa masyarakat Jepun dapat mengekalkan badan yang langsing walaupun makan nasi. sarapan pagi, tengahari dan makan malam sangat penting. Mereka juga mengamalkan makan sedikit demi sedikit dan mengunyah dengan betul untuk memudahkan sisterm pencernaan. Mereka juga mengamalkan cara makan Rasulullah iaitu berhenti sebelum kenyang.
Senaman dan Berjalan Kaki
Biasanya orang yang tinggal di Jepun, terutama di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar, secara tidak langsung akan melakukan banyak senaman ringan kerana tidak ramai orang Jepun yang memiliki kereta. Gaya hidup dan sistem di Jepun juga tidak mengkehendakkan penggunaan kereta untuk urusan harian seperti ke tempat kerja. Jadi untuk berulang-alik ke tempat kerja, mereka lebih suka berjalan kaki, berbasikal atau menaiki kereta api yang tetap memerlukan mereka banyak berjalan dan berdiri lama. Terdapat perkaitan antara jumlah masa yang anda gunakan untuk duduk setiap hari dengan jangka hayat kehidupan. Disebabkan orang Jepun berdiri dan berjalan lebih banyak, mereka hidup lebih lama daripada orang lain. Gaya hidup ini juga adalah salah satu sebab mengapa orang Jepun sentiasa kekal langsing dan sihat.
Onsen (kumpulan air panas) dan spa kesihatan
Sejak dari dulu, terdapat mandian terapi onsen (kolam air panas) yang dikenali sebagai “toji” di Jepun. Pada masa kini, terdapata spa kesihatan dan onsen (kolam air panas) yang menyediakan kemudahan kolam mandian yang besar, jakuzi dan sauna yang dikunjungi oleh rakyat Jepun untuk menjaga kesihatan. Antara kawasan onsen (kolam air panas) yang terkenal sejak dari zaman Edo lagi adalah Kusatsu dan Ikaho di Gunma-ken, Hakone dan Atami di Shinagwa-ken dan Kinugawa di Tochigi-ken. Para pengunjung boleh menikmati pemandangan yang menarik sambal berendam di dalam onsen (kolam air panas) dari kesemua tempat tersebut. Adab untuk memasuki onsen (kolam air panas) di Jepun adalah dengan membasuh badan dahulu sebelum masuk ke dalam onsen dan tidak memakai tuala semasa berendam di dalamnya. Untuk yang berambut panjang pula, rambut tersebut eloklah diikat terlebih dahulu sebelum memasuki onsen (kolam air panas). Selain itu, jangan berenang di dalam onsen (kolam air panas) seperti di kolam renang dan tidak boleh memakai pakaian semasa berendam di dalamnya. Terdapat juga tempat onsen (kolam air panas) yang melarang pengunjung bertatu daripada memasuki onsen mereka walaupun dengan hanya satu titik tatu. Sila ambil perhatian sebelum memasuki onsen (kolam air panas).
Akupuntur dan o-kyu
Jepun juga terkenal sebagai masyarakat yang mengamalkan perubatan cara Timur. Terdapat ramai orang Jepun yang mendapatkan perkhidmatan shinkyu dan urutan untuk melegakan kesihatan serta berkunjung ke pusat osteopatik dan kiropatik. Shinkyu adalah daun yang dikeringkan diletakkan di atas badan dan dibakar serta dicucukkan jarum. Ia merupakan salah satu cara menjaga kesihatan dengan merangsang titik rangsangan manusia. Ia banyak dilakukan oleh mereka yang sakit badan selepas menjalani aktiviti sukan dan juga terkenal di kalangan atlet yang banyak menggunakan tenaga badan mereka.
*Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live