,
Highlights

Apa Yang Ditayangkan di Media Sosial Belum Tentu ‘REAL’ – Berpadalah Memuja Dan Jangan Mudah MENCELA.

Afiza Kamarulzaman
12/08/2020
03:21 MYT
Media sosial banyak mekahirkan personaliti popular secara tiba-tiba. Tidak perlu diuji bakat, tanpa perlu saringan atau melalui sesi temu duga, kebanyakan bintang media sosial mencipta nama dan pengikut dengan cara dan ‘content’ tersendiri. Ada yang kata mereka ini tidak ‘real’. Apa pun, bagi yang bijak di sinilah tempat mereka mencari makan dan terus mengubah kehidupan.
Kita tumpang seronok melihat perkembangan ini. Biasalah, trend berubah mengikut peredaran zaman dan selera semasa. Kita tidak kata ini aliran negatif, malah ia harus dilihat daripada sudut positif jika boleh membawa kebaikan kepada masyakarat dan negara. Besar peranan media sosial jika diguna sebaik mungkin.
Kredit Foto: Google
Media Sosial Umpama Drama, Tak Semua ‘Real’
Kebanyakan orang terutamanya bertaraf selebriti atau ‘personaliti media sosial’, menjadikan media sosial sebagai layar ‘mempromosikan’ diri atau bisnes. Malah, orang biasa juga ada yang menggunakan Facebook dan Instagram untuk membina karekter diri, dan menjadi popular. Apa jua konsepnya, sebagai penonton jangan kita mudah terpedaya.
Tidak semua yang dipaparkan berlaku secara realitinya. Ada yang suka berkongsi hal masak-memasak, belum tentu di rumah dia rajin memasak. Ada yang selalu berkongsi tips rumah tangga, belum tentu dia bahagia dengan pasangannya. Ada yang hari-hari mengeluarkan hadis dan hukum, namun belum tentu dia menurutinya.
Kredit Foto: Google
Kalau Sudah Suka, Jangan Terlalu Memuja
Mudahnya orang kita diperdaya dengan watak baik yang ditunjukkan oleh seseorang itu di media sosial sehingga mengangkatnya sebagai ikon seumpama jasanya berjuang untuk negara. Apabila diangkat, disulami pula dengan kata-kata pujian sehingga buat orang itu sendiri hanyut dalam buaian glamor sekelip mata.
Ia bukanlah satu kesalahan tetapi berpadalah dalam meletakkan seseorang itu pada tahapnya. Telah banyak berlaku apabila orang biasa yang tiba-tiba dijadikan luar biasa, hidupnya musnah sekelip mata. Itu belum lagi diketahui pula berlaku ‘onar’ dalam dirinya yang dikorek-korek kisah lama, maka pujian tadi bertukar cacian.
Ingatlah, tiada seorang pun manusia sempurna di muka bumi ini. Selagi namanya manusia, tersisa kelemahan dan keaiban dalam dirinya. Maka, tidak perlulah kita mengagungkanya sehingga berasakan dia ‘maksum’ untuk tidak melakukan kesalahan. Tidak salah untuk dijadikan inspirasi tetapi tidak perlu sampai kita kecewa dan marah apabila dia melakukan kesilapan.
Seperkara lagi wahai netizen, berhati-hatilah dengan penamu kala menaip di media sosial. Jika tidak gemarkan seseorang itu, jangalah dicemuh seperti tiada hari esok dan sepertinya kamu tidak melakukan sebarang kerosakan di bumi ini. Siapalah kita untuk menghukum dan memaki-hamun orang itu hanya kerana keaiban dia yang kita baca.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Ambil Langkah Berjaga-Jaga”- Andi Bernadee Mahu ‘Sorok’ Kehidupan Peribadi, Kini Lebih Matang Buat Keputusan

gempak
28/08/2024
12:55 MYT
Penyanyi Andi Bernadee memutuskan untuk tidak berkongsi hal peribadinya di media sosial disebabkan pengalaman yang pernah dialaminya.
Berita

Meta Dipanggil Bertemu PM Hari Ini, Beri Penjelasan Hantaran Palestin Diturunkan Di Media Sosial

gempak
05/08/2024
06:25 MYT
Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Viral

Penjaja Diugut Sebar Video Tak Senonoh Selepas Video Call Dengan Wanita Dikenali Di Media Sosial

gempak
31/07/2024
04:55 MYT
Seorang penjaja nyaris kerugian RM6,000 selepas diugut seorang wanita yang mahu menyebarkan video tidak senonohnya setelah berkenalan di media sosial pada 25 Julai lepas.
Hiburan

KLP48 Dianggotai 13 Gadis Muda & Lincah, Sambung Legasi Kumpulan Idola Jepun AKB48!

gempak
28/07/2024
15:03 MYT
KLP48, kumpulan baharu yang berpangkalan di Kuala Lumpur diumumkan sebagai generasi pertama kepada kumpulan idola Jepun AKB48.
Hiburan

Ini Sebab Kenapa Mawar Rashid Hampir Hilangkan Diri Selepas Cerai

gempak
26/07/2024
08:55 MYT
Pelakon Mawar Rashid pernah hampir terfikir untuk menghilangkan diri daripada industri seni tanah air ketika melalui fasa sukar dalam hidupnya sebelum ini.