Terkini
Bakal Berlakon Di Layar Kaca, Lisa BLACKPINK Sertai The White Lotus Musim Ke-3
Selepas beberapa bulan khabar angin bertebaran mengenai penyanyi Lisa Manobal yang dikatakan bakal membuat kemunculan perdana sebagai pelakon, hari ini, HBO mengesahkan yang anggota kumpulan BLACKPINK itu bakal beraksi sebagai salah seorang pelakon The White Lotus untuk musim ketiga.
BERITA TRENDING: Jisoo, Jennie, Rosé & Lisa Tidak Perbaharui Kontrak Dengan YG, Tapi Masih Kekal Jalani Aktiviti Sebagai BLACKPINK
Lisa bakal menyertai pelakon yang diumumkan sebelum ini termasuk Leslie Bibb, Carrie Coon, Francesca Corney, Nicholas Duvernay, Arnas Fedaravičius, Christian Friedel, Scott Glenn, Walton Goggins, Dom Hetrakul, Sarah Catherine Hook, Jason Isaacs, Julian Kostov, Michelle Monaghan, Sam Nivola, Morgana O'Reilly, Lek Patravadi, Shalini Peiris, Parker Posey, Natasha Rothwell, Patrick Schwarzenegger, Tayme Thapthimthong dan Aimee Lou Wood.
Memetik laporan Variety, pasukan produksi untuk siri berkenaan bakal memulakan penggambaran di sekitar Koh Samui, Phuket dan Bangkok pada bulan ini.
BERITA TRENDING: BLACKPINK Jadi Tetamu Kehormat Istana Buckingham
Sungguhpun tiada butiran mengenai watak didedahkan oleh HBO, namun, mengikut dilaporkan Deadline November tahun lalu, watak-watak yang diketengahkan seperti patriaki, eksekutif korporat wanita, pelakon, beberapa watak ibu termasuk seorang isteri kelab desa, seorang sering tidak cocok dengan keadaan dan seorang yogi.
Glenn dikatakan memainkan watak lelaki yang disebut sebagai Jim, yang mungkin perlahan dari segi fizikal tetapi masih tajam dari segi mental dan sedikit rewel.
BERITA TRENDING: Tinggalkan YG Entertaiment Untuk Karier Solo, Jennie Blackpink Dedah Maksud Agensi Miliknya ODD ATELIER
Dicipta, ditulis dan diarahkan oleh Mike White, The White Lotus diterbitkan secara eksekutif oleh White, David Bernad dan Mark Kamine. Mengenai penggambaran dan promosi musim ketiga, HBO telah bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand.
Sumber: Deadline
Must-Watch Video