,
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

Amri Hassan
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Program ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Malaysian Bumiputera Designer Association (MBDA) dengan tujuan menggalakkan rakyat Malaysia membeli dan menyokong barangan tempatan.
Pencapaian ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara KPDN dan MBDA, dengan sokongan rakan kongsi seperti Pavilion Damansara Heights Mall serta pelbagai penaja.
Sokongan ini memainkan peranan besar dalam menjayakan kempen yang telah mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat.
Sepanjang MGM 2024, lebih daripada 30 jenama fesyen dan aksesori tempatan dipamerkan di Pavilion Damansara Heights Mall, memperlihatkan hasil rekaan yang terbaik kepada para pengunjung.
Jualan atas talian juga menyumbang kepada kejayaan ini, membuktikan bahawa produk buatan Malaysia mempunyai daya tarikan luas dan diterima baik oleh masyarakat.
Menurut Dato' Rohaizi bin Bahari, Pengarah Kanan Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan KPDN, “Kami amat berbangga dengan pencapaian ini. Ia menunjukkan rakyat Malaysia kini semakin yakin dan bangga menyokong jenama tempatan, terutama dalam era digital.”
MGM 2024 turut menganjurkan acara seperti forum ‘Fesyen dan Perniagaan’ untuk memperkasakan usahawan tempatan.
Tujuh peserta telah diiktiraf dalam Anugerah 'MY Gaya Month 2024' dengan kategori seperti Pereka Terbaik, Pereka Paling Kreatif, Pereka Harapan, Pereka Baharu, Jualan Tertinggi, Anugerah Khas, dan Anugerah TECHSTAIL.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Viral

Individu Luah Rasa Kurang Senang Dengan Kemudahan Tandas Awam Di Malaysia - “Berhenti Menormalkan Tandas Tanpa Bidet"

gempak
03/11/2024
09:25 MYT
Tular di platform X dimana seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kemudahan tandas awam di Malaysia kerana kebanyakannya tidak mempunyai bidet atau dikenali sebagai alat pencuci.
Gaya Hidup

30,000 Rakyat Malaysia Ke Thailand Sepanjang Cuti Deepavali

gempak
02/11/2024
05:55 MYT
Hampir 300,000 rakyat Malaysia dijangka berkunjung ke Thailand sepanjang musim cuti perayaan Deepavali yang bermula Rabu, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.
Viral

Pereka Fesyen Busana Miss Universe 2024, Ezuwan Ismail Pilih Tak Baca Komen Negatif, Bakal Dedah 'Secret Gown' - "Kejutan Akan Lebih Besar"

gempak
28/10/2024
04:27 MYT
Pereka fesyen Ezuwan Ismail memilih untuk tidak membaca komen negatif dan keterlaluan terhadap busana yang direkanya untuk wakil Malaysia ke Pertandingan Miss Universe ke-73, Sandra Lim, 23.
Hiburan

Pesona 5 Pasangan Cinta Nusantara

gempak
27/10/2024
06:56 MYT
Di dunia ini, jatuh cinta bukan hal yang rumit namun yang sukar adalah mempertahankan cinta yang pernah terbit. Apa lagi apabila ia membabitkan cinta jarak jauh.
Unitar