Highlights

Beli Barang Pre loved Kini Trend Bijak dan Jimat – Lebih 6000 Orang Banjiri Acara InTrend X Pasar Preloved!

gempak
Afiza Kamarulzaman
18/02/2020
09:53 MYT
Sponsor Banner
Beli Barang Pre loved Kini Trend Bijak dan Jimat – Lebih 6000 Orang Banjiri Acara InTrend X Pasar Preloved!
Atas kesedaran bahawa InTrend harus menyokong kempen kitar semula dan membantu eko sistem kita hari ini yang semakin lama semakin membimbangkan, kami berkolaborasi bersama Pasar Preloved menganjurkan acara jualan item fesyen terpakai terus kepada pelanggan. Jualan atau lelongan barangan fesyen terpakai ini sudah lama diperkenalkan dan semakin menjadi trend fesyenista di negara ini.
Bertempat di Rumah Tangsi 10 dan 11, pada 8 dan 9 Februari 2020, #InTrendXPasarPeloved membuka tirai acara dengan menyambut kehadiran 50 pengunjung terawal menerusi pemberian goodies bag daripada tajaan Kiehls, Mustika Ratu, Taman Sari Royal Heritage, Mutyara Beauty, NRCosmetics, Ferra Rossa Beauty, Dr.Morita, KoCostar, Dashu, Starbucks, Tony Romas dan Marry Brown. Diangggar lebih seratus orang sudah berbaris di luar pintu masuk seawal lapan pagi.
Rumah Tangsi 10
Disertai Selebriti dan Bintang Sosial Media
Bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir bersama-sama menyokong acara ini, InTrend turut mengundang beberapa selebriti terkenal dan Pasar Preloved turut menyediakan ruangan khas Pay-Per-Tag untuk para bintang media sosial menjual koleksi peribadi mereka. Selebriti yang mengambil bahagian ialah Mira Filzah, Elfira Loy, Diana Danielle, Zarul Umbrella, Sharifah Shahirah, Marsha, Daiyan Trisha, Tya Ariffin, Zarina Zainuddin, Shalma Aina, Lana Nordin, Fiza Frizzy dan Nia.
Manakala bintang media sosial yang turut mengambil bahagian ialah Yana Alyahya, Fathia Latiff, Nina Khalil, Bil Musa, Narisa Soraya dan ramai lagi. Menariknya pada acara ini, para selebriti boleh sahaja menjual produk label mereka seperti makanan, produk kecantikan dan lain-lainnya yang pastinya eksklusif dan sukar untuk dibeli di luar. Terdapat juga 67 vendors lain yang mengambil bahagian menjadikan keseluruhan booth pada dua hari tersebut ialah 103.
Booth Elfira Loy antara yang terlaris
Hlive hadir menemubual Tya Ariffin di boothnya
Aktiviti Selingan Sarat Info dan Hadiah
Tidak hanya bertunjangkan aktiviti jual beli semata-mata, #InTrendXPasarPreloved turut menyelitkan beberapa aktiviti menarik kepada pengunjung yang hadir tanpa henti dari jam 10 pagi hingga 8 malam itu. Antara agenda yang disajikan ialah Sesi Demonstrasi Solekan bersama Najeeb Azami dan Tiar Zainal, Sesi OOTD Styling oleh Tym Fatimah dan Zaihani Zain. Tidak ketinggalan sesi penggayaan hijab oleh penata hijab popular, Didiyana Ehsan. Agenda ini memberi peluang kepada pengunjung untuk bertanya terus kepada pakar jemputan kami mengenai solekan dan fesyen secara santai dan intimate.
Para pengunjung turut dihiburkan dengan kehadiran peserta Dansa Dansing dari Astro Ria iaitu Raja Shahiran dan Sophia Liana, juga persembahan lagu oleh An Honest Mistake dan Fareez Zen. InTrend turut berbesar hati menganjurkan sesi ‘game’ dan kuiz bersama pengunjung yang sporting dan bertuah. Hadiah-hadiah ditaja oleh M.A.C Cosmetics, Lilit Woman, Tote Bag by Dewi dan barangan eksklusif daripada InTrend Malaysia sendiri. Rata-rata pengunjung berasa seronok dengan acara padat yang tidak putus-putus sepanjang dua hari tersebut.
Eksklusif di booth InTrend turut menyediakan sesi rawatan dan urutan leher dan bahu yang dikendalikan oleh Acuhealing yang sangat terkenal dengan rawatan acupuncture. Setiap pengunjung boleh mendapatkan rawatan ini secara percuma dengan syarat mereka perlulah follow Instagram InTrend Malaysia dan Acuhealing terlebih dulu.
Sesi Q&A Solekan Bersama Najeeb Azami
Demonstrasi solekan oleh Tiar Zainal
Acara Lelongan Yang Ditunggu-Tunggu
Walaupun rata-rata booth selebriti laris bak pisang goreng panas dan terpaksa ditutup awal dari masa yang sepatutnya, masih ada selebriti yang turut serta dalam acara lelongan amal pada hujung acara. Antaranya Sharifah Shahirah yang melelong baju-baju kurungnya pada harga RM10 sahaja. Zarul juga tidak ketinggalan melelong tudung-tudung dan sambal istimewanya. Dan, semua keuntungan itu disumbangkan ke tabung amal.
Tidak hanya selebriti, beberapa jam sebelum pintu Rumah Tangsi ditutup, beberapa vendor turut membuat lelongan istimewa. Pengujung bagaikan tidak keruan apabila barangan dijual pada harga ‘tidak masuk akal’. Inilah peluang untuk pembeli merebut peluang keemasan dan dibuka untuk hanya beberapa minit sahaja.
Kutipan Amal Untuk Yang Tidak Bekemampuan
Dalam kita berbelanja dan bergembira dengan acara ini, InTrend Malaysia tidak melupakan insan-insan yang tidak bernasib baik. #InTrendXPasarPeloved mengadakan kutipan amal sepanjang acara berlangsung untuk disumbangkan kepada Pusat Jagaan Suci Rohani. Tabung dibawa menyusuri khalayak pelanggan dan selebriti yang hadir pada hari itu dengan pemberian derma secara ikhlas.
Pusat Jagaan Suci Rohani adalah rumah kebajikan yang terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya. Rumah amal ini dibuka kepada anak-anak asnaf, anak-anak yatim, anak-anak tidak sah taraf dan sebagainya. Kami berharap kutipan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu keperluan rumah amal ini.
Tabung Kutipan Sentiasa Berlegar Untuk Pengunjung Menderma
Apa Kata Mereka?
Rata-rata selebriti, bintang sosial media dan pengunjung memberikan maklum balas positif mengenai acara ini. kebanyakan mereka melahirkan rasa puasa hati dan seronok dapat hadir pada hari tersebut walaupun hal tempat letak kereta terdapat sedikit kesulitan. Berikut antara komen-komen yang kami peroleh daripada mereka yang terlibat:
“Saya sangat gembira dapat join event ini, kerana dapat clear semua closest yang tak berpakai. Saya harap dapat sertai lagi di masa akan datang.” – Mira Filzah
Overall unexpected juga. Tapi crowd memang best sebab rata-rata memang nak berbelanja.” -Zarul
“Ni my first experience join event sebegini. Tak sangka semuanya laris. Ini juga platform yang bagus untuk El meet and greet dengan peminat.” -Elfira Loy
I just love this concept. When you buy things, actually you help give back to community. Thank you InTrend!” - Diana Danielle
Satu trend yang bagus. Goodies dan hadiah best, pilihan vendor pun banyak. Cuma parking sedikit ‘azab’ ya.” - Aina (Pengunjung)
“Suka event macam ni untuk elak kita membazir pakaian. Satu usaha to support our ecosystem. Buat lagi please!” - Farahani (Pengunjung)
Pengunjung beratur seawal jam lapan pagi
Susunan booth dengan pelbagai item jualan
Pengunjung berpusu-pusu memilih pre loved item yang dijual
Food truck turut disediakan di luar Rumah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live