Read
Bercukur Membuat Wanita Lebih Yakin!
TUMBUHNYA bulu pada anggota tubuh seperti tangan atau kaki terkadang dianggap mengganggu penampilan diri. Dan apabila anda kerap mencukur bulu roma pada tubuh, adalah lebih baik jika anda menukar alat pencukur sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Ada yang perlu bercukur setiap hari atau selang beberapa hari bergantung kepada genetik dan kepantasan bulu roma mereka tumbuh semula. Wanita yang mengambil langkah untuk bercukur mahu kelihatan bersih dan kemas, sekali gus menyuntik keyakinan dalam penampilan.
Wanita yang bebas daripada bulu roma dilabel seorang yang menjaga penampilan diri. Mereka bercukur sama ada di pusat perawatan kecantikan atau melakukannya sendiri di rumah.
Namun, ada segelintir yang yang lebih selesa menyembunyikan bulu roma kerana percaya pada mitos bahawa bercukur akan membuat keadaan bertambah teruk.
Ya, memang benar ada beberapa mitos mengenai bercukur yang dikhabarkan akan memberi mudarat. Tetapi sejauh mana kesahihannya? Di sini, InTrend kongsikan lima mitos dan fakta berkaitan mencukur bulu roma khas buat pembaca semua.
Mitos 1: Bulu roma tumbuh lebih cepat dan tebal apabila sering dicukur?
Fakta: Tidak benar sama sekali! Pertumbuhan bulu roma bergantung kepada genetik seseorang dan bercukur tidak menyebabkan bulu roma tumbuh dengan lebih cepat dan tebal. Ini hanya persepsi.
Mencukur bulu roma akan membuat hujungnya menjadi tumpul, sekali gus membuat bulu roma kelihatan tebal. Biarkan bulu tumbuh dan panjang, ia akan kembali ke saiz asal.
Mitos 2: Pemakanan boleh menyebabkan bulu roma lebih lebat?
Fakta: Tidak tepat! Bulu roma yang tumbuh pada wajah, di bawah lengan, kaki dan tangan sama sekali tidak dipengaruhi oleh pengambilan makanan tetapi kerana faktor hormon.
Mitos 3: Bercukur menyebabkan iritasi sekali gus membuat kulit kering dan bersisik?
Fakta: Tidak benar! Salah satu cara untuk memastikan mencukur dilakukan dengan baik adalah membersihkan kulit terlebih dahulu. Ini akan membantu mengenyahkan sel kulit mati (lapisan luar kulit yang kasar) dan kotoran yang menyumbatkan pori.
Malah bercukur juga menjadikan kulit anda licin dan halus. Anda juga disaran mengoleskan pelembap setiap kali selepas bercukur bagi memastikan kulit kekal lembap.
Mitos 4: Pisau cukur baru lebih berisiko membuat anda luka kerana terlalu tajam?
Fakta: Juga tidak tepat! Cukuran yang sempurna akan diperolehi ketika pisau cukur meluncur laju pada kulit. Ini dipengaruhi oleh ketajaman pisau cukur selain rutin perawatan kulit anda seperti penggunaan krim cukur dan sebagainya.
Namun yang penting pisau cukur mestilah bersih. Pisau yang tumpul akan membuat bulu roma terpotong dengan tidak sesuai yang bisa menimbulkan kemerah-merahan pada kulit. Apabila anda sering mencukur bulu roma, ada baiknya pisau cukur kerap diganti sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Mitos 5: Pisau cukur lelaki dan perempuan adalah sama?
Fakta: Tidak benar! Pisau cukur lelaki dan wanita berbeza. Pisau cukur Gillette® Venus® ComfortGlide Baru direka khas untuk wanita dengan cirinya berkepala bulat, dilengkapi dengan gel yang fleksible menjadikannya sesuai untuk lekuk tubuh wanita.
Ayuh InTrenders, kita mulakan rutin harian yang baru dengan membuang bulu-bula roma pada badan! Mulakan rutin bercukur dengan mandi air suam bagi melembutkan kulit, merehatkan folikel dan menjadikannya lebih mudah dicukur.
Kemudian sapukan gel, lalu dicukur dan akhirinya dengan olesan pelembap agar kulit halus, lembut dan lembap sepanjang hari. Kini, anda lebih yakin dengan penampilan diri hasil cukuran hebat dan pantas menggunakan pisau cukur Gillette® Venus® ComfortGlide Baru!
Jom, alami kehalusan cukuran Gillette® Venus® ComfortGlide Baru! Dapatkan gaya terkini untuk kelancaran. Maklumat lanjut layari Gillette Venus www.gillettevenus.com.
Must-Watch Video