gaya hidup
Berhenti Kerja, Balik Kampung Nak ‘Settle Down’? Sabar, Fikir Masak-Masak. Hadam Nasihat Ini.
Jika ditanya kepada penulis umur berapa mahu bersara jujurnya tiada angka yang tepat untuk menoktahkannya. Terlalu banyak perkara perlu diurus dan disusun sementelah anak-anak masih kecil semuanya. Tetapi untuk simpanan mereka dan seisi keluarga itu, Insya-Allah ada. Cumanya, adakah simpanan itu mahu dileburkan jika belum sampai usia matangnya?
Berbicara mengenai bersara, jika difikirkan secara logiknya moleknya sebelum usia menginjak 60 tahun legalah rasa kalau dapat lunaskan segala hutang piutang. Pinjaman kereta, rumah dan aset yang lain. Tetapi sejauh manakah kesedaran dalam kalangan masyarakat kita mengenai soal ini?
Kredit Foto: Google
Perkongsian seorang pengguna Facebook, Marliya Ramli boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi kalian yang punya perancangan untuk menetapkan sasaran tertentu sebelum memilih untuk bersara. Pelan ini ditulis sekadar anggaran mengikut peringkat umur dan apa yang perlu dilakukan bagi setiap tingkat usia tertentu. Tulisnya:
Mahu Bersara Umur Berapa?
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, seorang pesara memerlukan sekurang-sekurangnya RM1,500 sebulan untuk menampung kehidupan.Menurut beliau, keperluan tersebut menjadi lebih tinggi terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.
Untuk lima ke 10 tahun akan datang, RM1,500 tidak mencukupi melainkan pesara bebas daripada hutang atau mempunyai sumber simpanan lain. Dan kos perbelanjaan ini tidak termasuk ancaman inflasi juga isu kesihatan!
Ini belum lagi cerita bila dah bersara, rumah belum habis bayar. Kerap akak ingatkan bahawa rumah yang kita tinggal bersama keluarga bukanlah aset tapi liabiliti. Maka, kenapa perlu tinggal di rumah yang memakan kadar bayaran 30% melebihi gaji? Kenapa perlu renovate setiap tahun? Kenapa perlu ditukar langsir dan juga sofa bila tibanya musim raya?
Akak faham agak sukar mahu menetapkan matlamat. Maka, akak cuba lakukan draft kasar beberapa matlamat yang anda mungkin mahu lakukan bagi setiap peringkat umur.
Yang baru 20-an, untunglah kerana anda masih punya banyak masa. Namun yang dah “veteran” cam umur akak ni, kita belum terlambat juga. Apa lagi! Lakukan saja pecut kewangan secara drastik!
Kredit Foto: Google
Umur 20-an- Jangan follow trend hipster
- Bina pendapatan kecil-kecilan
- Belajar menabung 15% hingga 60%
- Cari ilmu kewangan dan belajar
- Baca buku, hadiri seminar, cari guru
- Mulakan tabung bersara seawal usia
- Tanamkan mindset untuk bersara selesa
- Beli takaful perubatan
- Mulakan pelaburan secara agresif
- Carilah peluang menjana pendapatan pasif
- Pastikan dana kecemasan cukup enam bulan gaji
- Kenali potensi saham dan laburkan wang lebihan
- Bina dana pendidikan anak-anak melalui instrument pelaburan
- Sementara muda, lakukan dua kerja dan saving semaksimum angka
Kredit Foto: Google
Umur 40-an- Lindungi aset daripada inflasi
- Elakkan liabiliti jangka panjang
- Fokus 100% kepada tabung persaraan
- Menabung, menabung dan menabung
- Slow down dan tuai hasil pendapatan pasif
- Elak acah-acah tambah isteri dengan alasan “life begin at 40”
- Selesaikan segala hutang piutang
- Berhenti libatkan diri dalam pelaburan berisiko tinggi
- Fokus untuk menyampaikan ilmu kepada generasi muda
- Berbincanglah dengan pasangan urusan pembahagian harta
- Tingkatkan nilai rohani serta kasih sayang terhadap keluarga
- Tenang-tenang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
Kredit Foto: Google
Lain padang lain belalang. Jika anda baca “catatan pelabur bilis yang rojak” anda faham mengapa akak tidak mahu menunggu hingga 55-60 tahun untuk bersara. Akak ingin memiliki kemampuan bersara di usia 45 tahun.
Tak bersara betul-betul pun tak apa. Janji miliki kemampuan memilih untuk terus bekerja atau bersara muda secara selesa. Akak juga tuliskan matlamat mengikut usia jika anda ingin bersara muda. Manalah tahu, jika anda mahu bersara seawal 40 atau 45 tahun juga.
Silalah baca tulisan level cakar ayam akak tu. Akak cadangkan anda tulis matlamat kewangan mengikut usia di kertas yang besar dan lekatkan di dalam bilik. Setiap hari baca dan set kan strategi kewangan anda. Biar membara semangat untuk bersara muda dan selesa.
Oh ya! Macam yang akak selalu cakap, kalau nak berbahas selamanya tak akan habis. Ini cumalah cadangan secara general. Akak yakin anda akan sesuaikan ikut keperluan dan kemampuan anda.
Ambillah yang sesuai tinggalkan yang tidak sesuai. Ceduk idea dan binalah acuan mengikut impian anda sendiri. Pejam mata dan tanya diri. Anda MAHU BERSARA UMUR BERAPA? Maka, ambil lah tindakan segera! Semoga bermanfaat!
Must-Watch Video