,
Highlights

Bertepuk Sebelah Tangan Tak Akan Berbunyi – Suami CURANG? Jangan Hanya Salahkan Si PEREMPUAN!

Afiza Kamarulzaman
05/08/2020
14:40 MYT
Sana sini kisah curang dan bermain kayu tiga berlaku dalam rumah tangga. Ia satu isu malar segar yang berlaku zaman berzaman sehinggalah ke hari ini. Ada orang kata, ia ujian biasa dilalui kebanyakan suami isteri apabila mencapai satu fasa dalam rumah tangga apabila ada gangguan orang ke tiga.
Namun, ia boleh dielak ke kanan ke kiri andai hati kekal sayang dan sentiasa ingat anak isteri. Paling penting, iman kena kuat dan jadikan keluarga sebagai matlamat hidup sehingga ke akhirat. Yang selalu berlaku apabila kebanyakan pasangan mengambil kesempatan atas tiket sudah bosan dengan hubungan yang sudah lama dibina itu.
Kredit Foto: Google
Suami Itu Lelaki, Kenapa Terlalu Lemah?
Orang selalu kaitkan wanita itu insan yang lemah. Tiba-tiba apabila berlaku hal skandal dan kecurangan tanpa sengaja, lelaki menjadi selemah-lemah manusia? Kononnya, diri digoda si perempuan sehingga masuk ke perangkapnya. Si perempuan pula yang dikatakan menggatal dan suka merampas hak orang.
Ceritanya di sini, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kalaulah si lelaki tidak melayan, tidak mungkin si perempuan mampu berada di sisinya, bertukar nombor telefon, berbual, bermesej-mesej dan akhirnya keluar bersama ke sana ke sini. Adakah lelaki itu diugut bunuh jika tidak mahu melayan cinta si perempuan?
Kredit Foto: Google
Lelaki Juga Harus Dipertanggungjawabkan
Memang, si perempuan ternampak buruknya apabila menganggu rumah tangga orang dengan menjalin hubungan dengan suami orang. Namun, adakah wajar untuk diletakkan sepenuh kesalahan itu kepada si perempuan dan akhirnya lelaki yang sudah ‘seronok’ dimaafkan, kemudian melabelkan diri kononnya ‘mangsa keadaan’ dan teraniaya.
Bukan mahu memenangkan mana-mana pihak. Namun, lelaki harus juga memikul tanggungjawab apabila sudah berbuat silap. Si isteri atau orang awam jangan sewenang-wenangnya meletak tuduhan kepada si perempuan tanpa usul periksa, jika lelaki pun sama-sama naik. Kita tidak tahu bagaimana pula godaan atau habuan yang ditabur si lelaki sehingga perempuan pun sama-sama tewas.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Kantoi Dengan Sugar Daddy, Sampai Minta Pembantu Peribadi ‘Deal’ Dengan Isteri Pertama Untuk Redakan Keadaan

gempak
07/09/2024
05:55 MYT
Hanya memperkenalkan artis tersebut sebagai R, Hilmi memberitahu bahawa aktres berkenaan pernah ditangkap oleh isteri pertama skandalnya itu.
Viral

Cut Intan Nabila ‘Tunggang’ Kes Kena Pukul?

gempak
28/08/2024
09:55 MYT
Kes keganasan rumah tangga membabitkan pempengaruh, Cut Intan Nabila menjadi sorotan ramai sehingga kisah dibelasah suami ketika masih dalam pantang itu tular ke luar negara.
Viral

‘Minta Maaf Gagal Laksana Tanggungjawab Saya Sebagai Suami’

gempak
27/08/2024
14:25 MYT
Seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita yang mendakwa dirinya diculik pada Khamis lalu di Mersing, Johor tampil memohon maaf kepada orang ramai atas tindakan isterinya.
Viral

Bintang Bola Sepak Terkenal Kantoi Bawa Pulang Perempuan Lain, Isteri Terdetik Nak Periksa Kamera Pada Loceng Pintu

gempak
26/08/2024
04:25 MYT
Bintang bola sepak terkenal Liga Perdana Enggeris dilaporkan telah diusir keluar oleh isterinya selepas kantoi mempunyai hubungan sulit melalui loceng pintu mereka.
Hiburan

“Terima Kasih Untuk 5 Tahun Ini, Aku Akan Berusaha Kuat Demi Kebahagiaan Anak..” - Cut Intan Nabila Beri Bayangan Perkahwinan Akan Berakhir?

gempak
24/08/2024
01:55 MYT
Kisah pempengaruh Cut Intan Nabila yang didera suami, Armor Toreador masih menjadi bualan hangat pengguna media sosial.