Kredit foto: Merve Cosmetics

Senyuman manis di bibir yang basah bagaikan melihat hujan di kemarau yang panjang. Jika ulas bibirmu terlihat kering atau merekah, inilah saatnya kamu perlukan bantuan! Ya, untuk mendapatkan bibir yang lembap dan menggiurkan, kamu harus cuba gincu Aurevfa Lip Matte Cream daripada Merve Cosmetics.

Kredit foto: Merve Cosmetics

Berumusan vanila yang terseduh berbentuk cecair, ia meluncur laju tatkala gincu dioles pada bibir lalu mengering dan membuatkan warnanya tahan lama. Diperkaya dengan antioksidan daripada acai berry, buah delima dan biji anggur; selain mengandungi Vitamin C dan E yang membantu bibir mungil dan sihat.

Mentega Shea membantu melembap dan melembutkan kulit bibir. Ia bagaikan memanggil untuk dikucup!

Berita baiknya kerana Aurevfa Lip Matte Cream ini mendapat pengesahan HALAL, jadi kamu tidak perlu was-was untuk menggunakan gincu ini.

Kredit foto: Merve Cosmetics

Akhir sekali, pilih warna gincu yang mampu serlahkan ulas bibirmu. Koleksi ini menawarkan enam rona iaitu Flirty Nude, Bad Wine, Naughty Red, Sweet Pink, Sexy Coral dan Lusty Rose.

UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT:

• Laman Web: www.merve.com.my

• Instagram: @mervecosmetic_hq

• Facebook: MERVE Cosmetic Malaysia

Kredit foto: Merve Cosmetics