gaya hidup

Bila Cik B, Dato’ Seri Vida Dan Datuk Chef Wan Bergabung – ‘Meletup’ Dapur Rasa Nostalgia Ramadan!

gempak
Huda Hussain
11/05/2021
05:55 MYT
Sponsor Banner
Bila Cik B, Dato’ Seri Vida Dan Datuk Chef Wan Bergabung – ‘Meletup’ Dapur Rasa Nostalgia Ramadan!
Hanya berbaki dua hari saja lagi sebelum kita bakal meraikan 1 Syawal dalam suasana PKP. Tak usah sedih atau bermuram durja, tonton saja Rasa Nostalgia Ramadan episod mala mini. Ada Cik B dan ibunya Dato Seri Vida sebagai teraju utama juga penampilan Datuk Chef Wan sebagai cameo. Haaa, boleh bayangkan tak macam mana kecohnya dapur di set malam ini? Memang meriah dengan gelak tawa, usikan dan ragam menyakat antara satu sama lain. Yang penting semuanya ‘sporting’ dan terhibur sambil memasak dan mengimbas nostalgia disebalik menu yang disediakan.
Kredit Foto: Astro Prima
Nyanyi 'Off Tune', Tersilap Lirik Tak Ada Hal, Hahaha Jika anda pengikut setia dua invidu unik ini di Instagram pasti sedia maklum mengenai keletah masing-masing yang selamba sahaja. Baik menyakat, ketawa dan membahan semuanya dipamerkan dengan aksi bersahaja dan spontan. Lebih-lebih lagi apabila keduanya perlu menyanyi. Lirik ke mana, tempo pun sesuka hati saja, memang penonton pasti pecah perut ketawa.
Kredit Foto: Astro Prima
Dan tatkala babak Datuk Chef Wan muncul pula, bertambah meriah jadinya. Tampil membawakan sate sebagai bingkisan untuk juadah berbuka tak lengkap pula penampilan istimewa figura masakan ini tanpa masuk ke dapur. Maka bermulalah aksi sakat menyakat. “Saya tengok ni pun dah selera. Lip-lap lip lap. Bila tengok ni asyik pandang pajak gadai aje,” ujar Datuk Chef Wan selamba melihatkan penampikan Datuk Seri Vida yang tampil mengenakan koleksi barangan kemas mega menghiasi penampilannya. Dan keduanya berdekah-dekah ketawa.
Kredit Foto: Astro Prima
Ikan Siakap Terbang “Saya bila ada Uncle Chef Wan rasa macam takutnya nak masak,” akui Cik B sambil memotong bahan-bahan untuk dimasak. Namun ditempelak Datuk Chef Wan. “Uncle pun dulu masa mula masak macam nil ah juga. Orang kata nak jadi tukang masak yang ada kemahiran kena banyak berlatih. Tapi orang perempuan kalau tak boleh masak pun tak guna, saham jatuh” ngomelnya lagi sambil sesekali Datuk Seri Vida memuji anak daranya nan seorang ini yang disifatkannya pandai berlawak, rap dan berlakon. “Tapi puji anak sendiri tak apa?” soal Dato Seri Vida. Lantas segera dibidas Datuk Chef Wan, “Eh apa pula? Kalau kita tak puji anak sendiri, siapa lagi nak puji?” dan gamatlah suasana di dapur Rasa Nostalgia Ramadan ini.
Kredit Foto: Astro Prima
Berkongsi cerita disebalik nostalgia hidangan ini, kata Cik B “Masa tu dah lewat malam, saya nak cari kedai makan tapi tak jumpa. Kebetulan ada satu kedai kecil yang buka,” kongsinya lalu ibunya mencelah, “Yang dekat Johor tu? Oh, patutlah. Memang sedap pun,” tambah Dato Seri Vida lagi. Tidak menunggu lama, Datuk Chef Wan mula ambil peranan dengan memasukkan ikan siakap yang sedia disalut tepung ke dalam kuali. Datuk Chef Wan musykil seraya bertanya, “Macam mana Cik B boleh tahu resipi ni? Yalah, selalu orang kedai bukannya nak kongsi bagi resipi?” tuturnya sambil mengangkat ikan yang siap digoreng garing tadi.
Tambah Cik B lagi, “Mama suka sangat ikan tu. Lepas tu dia pun bagi resipi dan berikan gula yang memang sedap,” cerita Cik B bersungguh Dalam pada itu jarinya tangkas memotong bahan-bahan seperti bawang putih dan merah, cili dan tomato untuk dibuat sos lalu dituang pada ikan tadi. Walaupun sekejap saja, bertambah ceria dan meriah dapur ini dengan kehadiran chef selebriti terkenal ini.
Kredit Foto: Astro Prima
Kelapa Koktel Bagi melengkapkan sajian utama, Cik B menyediakan pula hidangan pemanis mulut yang cukup mudah disediakan. Antara bahan yang diperlukan adalah air kelapa, susu cair, nata de coco, susu pekat dan sumi. Mudah saja cara penyediaannya, hanya dengan memasukkan semua bahan, kacau dan ditambah dengan sedikit air ia sedia untuk diminum. Dan mengimbas momen nostalgia disebalik hidangan ini, kongsi Cik B ia adalah menu yang diminumnya ketika menghidap sakit gigi. Selain berupaya melegakan kesakitan, sejuk buah kelapa ini juga membuatkan tekak berasa nyaman dan melegakan.
Kredit Foto: Astro Prima
Sebelum melabuhkan tirai, penonton bakal dihiburkan dengan lagu raya istimewa nyanyian Dato’ Seri Vida, Lavida Raya bersama anak-anaknya Cik B dan Kacak. Mahu tonton lebih banyak aksi dan gelagat selamba mereka? Jangan ketinggalan saksikan Rasa Nostalgia Raya jam 7 malam di Astro Prima malam ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live