Read
Bulu Mata Lentik ke Langit Macam CHE TA? — Kami Tunjukkan Cara Pasang Bulu Mata Palsu Paling Mudah
Sumber foto: Instagram @rozitachewan1
Sumber foto: Instagram @rozitachewan1
BULU mata yang lentik memang menjadi dambaan setiap wanita. Sayangnya tidak semua wanita dikurniakan bulu mata mempesona. Kini, dengan bantuan rujukan YouTube, kemahiran mengenakan bulu mata palsu bukan milik jurusolek profesional lagi. Anda juga boleh melakukannya.
Sumber foto: Instagram @rozitachewan1
LANGKAH 1
Mula-mula, aplikasikan eye liner jenis cecair pada bingkai kelopak mata agar mata kelihatan lebih besar. Lakukan dengan kemas.
LANGKAH 2
Untuk memanjangkan lagi bulu mata asli, ketip bulu mata dengan menggunakan pengetip bulu mata.
LANGKAH 3
Seterusnya, alitkan maskara pada helaian bulu mata dari dalam ke luar supaya lebih tebal dan lentik.
LANGKAH 4
Sebelum memasang bulu mata, letakkan gam pada pangkal bulu mata dan pasanglah di atas garis bulu mata asli.
LANGKAH 5
Sekali lagi alit maskara formula lebih panjang dan lebat pada kedua-dua bulu mata asli dan palsu supaya tampak natural.
LANGKAH 6
Akhir sekali, aplikasi colour sealer di atas alitan maskara pada bulu mata supaya ia lebih berkilau dan tidak pudar.
4 TIPS PASANG BULU MATA PALSU ANDA BOLEH CUBA
TIPS 1
Bagi penampilan seharian, elak penggunaan bulu mata dramatik (berwarna, feathers ataupun bertekstur) supaya tidak kelihatan terlalu over. Cukup sekadar yang biasa supaya kelihatan lebih natural.
Sumber foto: Instagram @rozitachewan1
TIPS 2
Untuk memasang bulu mata, sebaik-baiknya gunakan gam berwarna hitam ataupun yang transparent untuk memudahkan touch up. Ia kelihatan lebih kemas berbanding gam putih yang mudah kelihatan sememeh.
Sumber foto: Instagram @rozitachewan1
TIPS 3
Ukuran bulu mata palsu perlu disukat tepat dengan saiz bulu mata asli supaya ia lebih sepadan dan tidak kelihatan terlalu panjang ataupun pendek, lebih-lebih lagi apabila dipadankan dengan bulu mata asli. Pastikan anggaran anda tepat.
Sumber foto: Instagram @rozitachewan1
TIPS 4
Bulu mata palsu ada yang untuk pakai buang dan ada juga yang boleh diulang penggunaannya. Sekiranya tekstur plastik, ia boleh diulang pakai manakala tekstur bulu atau benang perlu dibuang selepas digunakan.
Sumber foto: Instagram @rozitachewan1
TIPS 5
Tundukkan mata ke bawah semasa memasang bulu mata untuk hasil lebih sempurna. Sekiranya dipasang dengan keadaan mata terbuka atau memandang ke atas, bulu mata palsu akan menegak ke atas (teknik yang salah).
Must-Watch Video