Hiburan

Dalam Kesedihan Menanti ZURIAT, Ada Orang DM ELIZAD Offer Nak Jadi Madu, Ibu Tumpang – Gila Ke?

gempak
Afiza Kamarulzaman
13/11/2020
15:07 MYT
Sponsor Banner
Dalam Kesedihan Menanti ZURIAT, Ada Orang DM ELIZAD Offer Nak Jadi Madu, Ibu Tumpang – Gila Ke?
Kisahnya yang mengharapkan anak dan sedang berjuang melakukan rawatan IVF bukan rahsia lagi. Elizad sendiri secara peribadi berkongsi pengalaman itu di Instagram miliknya. Bagi Elizad, perkongsian itu adalah untuk membantu dan memberi semangat kepada para isteri yang berdepan masalah yang sama untuk mencari jalan penyelesaian.
“Niat saya hanya untuk menggalakkan pasangan yang menghadapi masalah sukar mendapatkan anak seperti saya agar menemui pakar perubatan untuk mengetahui masalah sebenar. Tiada niat menunjuk-nunjuk seperti saya ini kaya ke nak buat IVF. Tidak sama sekali. Saya faham perasaan mereka yang sudah lama menunggu anugerah itu,” Ujarnya yang ditemui di konti radio Sinar baru-baru ini.
Elizad juga masih dalam keadaan ‘hiba’ apabila usaha IVF pertamanya tempoh hari gagal walaupun pada awalnya dia keputusan darah menunjukkan dia hamil. Namun, hanya seminggu dia menikmati momen menjadi ‘ibu’, nikmat itu diambil semula. “Oh, sesuatu yang susah untuk saya gambarkan. Bayangkan sesuatu yang kita memang nak sangat, dan kita dah hampir dapat. Tiba-tiba ditarik balik...” Ujarnya dengan linangan air mata.
Tidak Akan Berhenti Berusaha
Tidak mahu terus berendam air mata dan melayan lara, Elizad tetap bangun dan positif untuk meneruskan rawatan IVF tidak lama lagi. “Insya-Allah, bulan Januari nanti saya akan kembali untuk IVF ke dua. Alhamdulillah, suami pun sangat menyokong dan dia yang banyak memberi kata-kata perangsang kepada saya untuk tidak putus-asa. Malah katanya lagi, dia sendiri tidak kisah kalau kami tidak dikurniakan anak. Alah, lelaki, kan, saja nak sedapkan hati kita...” Tambahnya sambil ketawa kecil.
Elizad juga akan lebih berhati-hati selepas ini. Berkongsi pengalaman yang sama dengan Dato’ Siti Nurhaliza, nasihat Dato’ Siti supaya Elizad lebih banyak berehat selepas proses IVF seterusnya nanti. Walaupun doktor sendiri tidak kata yang ‘bed rest’ itu perlu tetapi katanya lain orang, lain penerimaan badan. “Mungkin saya seperti Dato’ Siti yang agak ‘fragile’, dan kami memerlukan lebih rehat selepas proses itu demi memastikan rahim benar-benar kuat.”
Kelakar Apabila Netizen DM Yang Bukan-Bukan
Elizad sempat berkongsi juga rasa lucunya apabila ada netizen yang tidak dikenali tiba-tiba menghantar mesej di Instagramnya. Setelah mengetahui Elizad gagal dalam IVF pertamanya itu, ada yang mesej menawarkan diri untuk menjadi madu Elizad. Tidak kurang juga yang mahu menjadi ibu tumpang bagi membolehkan Elizad mendapat anak daripada benih suami. Janji, mereka dibayar.
“Rasa mcam tak percaya ada orang macam ni walaupun dia dah tahu yang kita baru nak bangun dapatkan semangat balik. Dan dalam keadaan pandemik begini, ada juga yang offer nak bermadu, nak jadi ibu tumpang pun ada! Ada juga manusia berani mati macam ni ya? Dia tak tahu ke perempuan ni pantangnya MADU. Hahaha... Dia boleh DM saya tiap-tiap hari tau, tanya nak terima ke tak?” Cerita Elizad.
Apa pun Elizad mengharapkan doa semua untuk dia tabah melalui ujian ini dan berharap usaha IVFnya nanti membuahkan hasil. Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan dan suatu hari nanti mampu mendengar anaknya sendiri memanggilnya ‘Ibu’. Amin...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024