Seperti kebiasaannya apabila masyarakat sudah mula menyumbang tanpa henti, pasti akan berlaku kelemahan daripada segi pengurusan pengagihan dan keseimbangan barang derma dan yang menerima.


Kita tidak nafikan dan amat memuji sifat pemurah rakyat Malaysia yang lekas bertindak menghulurkan bantuan apabila berlaku sesuatu bencana. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila berlaku musibah banjir di Shah Alam dan beberapa kawasan lainnya di Malaysia.


Bantuan datang daripada pelbagai tempat dan sektor. Ada yang melalui organisasi koprat, NGO, orang perseorangan dan sebagainya. Kebanyakan bentuk sumbangan yang diberikan berupa makanan.


Kita akui makanan adalah bantuan keperluan yang sangat dialu-alukan ketika hari-hari awal banjir tempoh hari kerana mangsa tinggal sehelai sepinggan dan dalam keadaan lapar kerana lama terkandas di tengah bahana banjir itu.


Namun, setelah berjaya ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara, dan ada antara mereka yang sudah pun dibenarkan pulang ke kediaman asal, bantuan makanan berupa masakan panas ini sudah tidak diperlukan dalam kuantiti yang banyak lagi.


Ada sesetegah mangsa sudah boleh memesan makanan sendiri menerusi Grab atau Food Panda. Dan, rata-rata yang sudah pulang ke rumah tidak lagi datang ke pusat bantuan untuk mengambil makanan tersebut.


Terdapat beberapa laporan daripada wakil NGO dan penderma yang berada di pusat pemindahan memberitahu berlaku lambakan bantuan yang tidak dimanfaatkan oleh mangsa banjir terutamanya makanan yang cepat basi atau rosak.


Di sinilah, pentingnya komunikasi yang perlu ada antara penyumbang dengan pihak pengursan di Pusat Pemindahan atau wakil komuniti di satu-satu kawasan yang dilanda banjir itu.



Tips Menghantar Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Semoga setiap bantuan dan sumbangan kita dimanfaatkan sebaik mungkin dan memberikan kita ganjaran pahala.