gaya hidup

“Fokus Setiap Benda Baru Anak Buat” – Elfira Loy Kongsi Tips Didik Anak, Patutlah Rayyan Bijak!

gempak
Huda Hussain
10/06/2021
14:37 MYT
Sponsor Banner
“Fokus Setiap Benda Baru Anak Buat” – Elfira Loy Kongsi Tips Didik Anak, Patutlah Rayyan Bijak!
Bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa pasti teruja melihat perkembangan anak-anak. Saat lahir, usai berpantang, menginjak sebulan dan seterusnya cukup istimewa dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Itulah manisnya momen istimewa ini.
Dan dalam meniti setiap peringkat juga peralihan fasa umur sudah pasti menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memantau tahap keupayaan anak-anak. Bagi ibu bapa yang sudah punya anak kecil sebelum ini, pasti ada masanya akan membuat perbandingan tahap perkembangan anak sulung dan kedua misalnya. Si abang pandai bercakap, baru dua tahun tak pelat langsung. Adik pula susah lambat bercakap.
Kredit Foto: IG Elfira Loy
Benar, mungkin ada keperluan untuk kita berasa bimbang dan risau jika ada perubahan yang disifatkan tidak normal. Tetapi pada peringkat awal usia anak, tidak perlu terlalu serius atau insecure andai anak anda belum mencapai sesuatu tahap. Beri ruang dan masa kerana setiap anak ada kekuatan dan kelebihan tersendiri. Cuma sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab kita untuk gilap, dorong dan terus memantau perkembangan anak.
Kredit Foto: IG Elfira Loy
Perihal yang sama dilakukan selebriti bertubuh genit, Elfira Loy pada anaknya Muhamad Rayyan Khalaf yang genap dua tahun tanggal 1 Oktober nanti. Ternyata perkongsian El memberi panduan berguna khusus bagi mereka yang punya pengalaman pertama sepertinya. Pertamanya, bagi El ibu-ibu khususnya tak perlu tertekan atau ‘insecure’ melihat perkembangan anak orang lain. Kerana baginya semua informasi tidak seharusnya dijadikan kayu ukur sebaliknya gunakan ia sebagai panduan untuk mendidik anak.
Kredit Foto: IG Elfira Loy
Seterusnya, apa yang El praktikkan adalah beri perhatian kepada perkara-perkara baru yang anak lakukan kerana baginya setiap anak itu punya kepintaran tersendiri. Komunikasi dan ajak berbual juga menjadi pendekatan El untuk mendidik Rayyan. Kata El, “Setiap kali tunjuk barang tu sebut nama. Mesti sebut Milk , dog , cat , lama lama main toys dia yang banyak animals tu tetiba sekali gus dia boleh sebut.” tulisnya lagi.
Kredit Foto: IG Elfira Loy
Apa yang penting, nikmati momen ini dan tidak perlu terlalu stress memikirkan apa pendekatan terbaik untuk mendidik anak. Beri mereka masa dan rajin-rajinlah berbual dengan anak ya. Pasti komunikasi dua hala akan lebih berkesan dan dapat membantu perkembangan anak-anak anda.
Kredit: IG Elfira Loy
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024