gaya hidup

Gaduh-Gaduh-MENGANDUNG! – Tu Maknanya Tuhan Nak Suami Isteri Berbaik, Anak Kan Pengikat Kasih

Afiza Kamarulzaman
05/10/2021
13:12 MYT
Bertekak, bermasam muka, bergaduh itu biasa dalam rumahtangga. Dua individu yang tidak pernah membesar bersama, tiba-tiba bersatu dalam sebuah rumah dan bilik, pastilah ada compang-campingnya.
Inilah warna dan perasa dalam hidup berumahtangga. Kalau manis sahaja, boleh bawa ‘penyakit’ juga. Maka, sebaiknya ada tambahan garam, asam dan serbuk perasa menyedapkan lagi lauk santapan keluarga.
Namun, apabila bergaduh usah berlama-lama. Islam memberikan tempoh tiga hari untuk suami isteri kembali berdamai dan bercakap semula. Jangan lebih dari tempoh kerana dibimbangi membawa bencana yang lebih besar.
Dalam Badai, Datang Pelangi
Ada juga selalu kita dengar kisah suami dan isteri yang bertengkar sakan sehinggakan ada yang sampai mahu bercerai-berai, tiba-tiba dikejutkan dengan berita si isteri berbadan dua. Alhamdulillah, kehadiran anugerah di tengah badai yang melanda.
Inilah pengikat cinta dan sayang daripada benih suami dan isteri sebagai tanda yang rumahtangga masih boleh diselamatkan dan teguran Allah untuk kembali bersatu membesarkan anak itu bersama. Hargai pemberian Allah itu.
Proses bercerai ini seharusnya dijadikan penyelesaian terakhir dan bukan sewenang-wenangnya dimuktamadkan. Agama sangat benci dengan perkataan cerai dan Allah murka dengan hamba Nya yang melaluinya tanpa sebab kuat.
Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda: "Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak." Dan: "Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga."
Berdamai dan Kembalikan Keharmonian
Inilah yang sebaiknya kalau bisa rumahtangga itu diselamatkan. Dinasihatkan sekecil-kecil perkara jangan dibesarkan dan haruslah diselesaikan dengan akal yang waras dan emosi yang stabil.
Suami jangan mudah melafazkan cerai dan isteri jangan pula lekas terdorong meminta-minta diceraikan tanpa alasan yang munasabah. Fikirkan keburukan dahulu sebelum kebaikan yang dimiliki hasil penceraian. Apa lagi buat anak-anak yang masih kecil yang membesar dalam keluarga porak-peranda.
Tidak mudah untuk suami dan isteri yang sudah bercerai untuk membesarkan anak-anak dalam keadaan yang harmoni dan sempurna. Si anak pasti tidak dapat merasai kebahagian sebenar yang seharusnya dinikmati daripada kasih-sayang ayah dan ibu kandung.
Apa pun, ia bergantung pada keimanan dan kebijaksanaan si Ayah dalam mengemudi keluarganya dan kerjasama serta keikhlasan si isteri untuk menjadi kayu sokongan utuh dalam mahligai yang dibina.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rita Rudaini Tegur Tindakan Suami Isteri Pempengaruh Kongsi ‘Pengalaman’ Ditahan Reman SPRM - “Jangan Jadikan Benda Itu Normal Kena Gari”

gempak
22/07/2024
01:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan pasangan suami isteri pempengaruh iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang berkongsi mengenai pengalaman ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Hiburan

Isteri Sakit Kaki, Halim Radzi Sanggup Tukar Kasut Pakai Heels Dalam Mall! Netizen Puji - “Untungnya Dapat Suami Sporting”

gempak
20/07/2024
21:50 MYT
Pelakon, Halim Radzi mendapat perhatian netizen selepas isterinya aktres, Sharifah Husna berkongsi satu video lucu merakamkan suaminya memakai kasut tumit tinggi.
Berita

Tempoh Reman Berakhir, Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Dibebaskan & Perlu Bayar Wang Jaminan RM200,000

gempak
16/07/2024
12:22 MYT
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh direman sejak 11 Julai lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dibebaskan.
Berita

Seleweng Kutipan Derma, Suami Isteri Pempengaruh Ditahan SPRM

gempak
10/07/2024
14:37 MYT
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Hiburan

Achey Berang Pasangan Pilih Konsep 'Child Free' & Anggap Anak Beban - "Mak, Nenek Moyang Awak Pun Agak Menyesal Bila…”

gempak
01/07/2024
06:55 MYT
Tular video di laman sosial memperlihatkan sepasang suami isteri yang mengakui mereka memilih untuk berkahwin tapi tidak mahu zuriat yang mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya dan selebriti tempatan.