,
gaya hidup

HARAM Pukul Anak Kecil Hingga Mendatangkan Kesakitan, Atau Pada Wajah, Kepala dan Kemaluannya!

Afiza Kamarulzaman
17/07/2021
06:55 MYT
Anak kecil bukanlah untuk disakiti walau dengan niat mendidik. Anak kecil amanah Tuhan yang wajib disayangi, dipelihara dan diasuh dengan baik. Tidak boleh memukul kanak-kanak yang belum mumayyiz apabila mereka melakukan kesalahan kerana memukulnya tidak memberi sebarang faedah kepadanya memandangkan usianya yang belum matang.
Islam sendiri sudah menggariskan hukum memukul anak hingga mendatangkan kesakitan, lebam dan kecederaan sama ada fizikal atau mentalnya. Jelasnya hukumnya adalah haram memukul anak-anak dengan pukulan yang merosakkan juga tidak boleh memukul pada mukanya atau kepalanya atau kemaluannya.
Keharusan memukul yang dibenarkan syarak bukan bertujuan menyakitkan mereka atau membalas dendam tetapi menyedarkan mereka bahawa mereka telah melakukan kesalahan maka dengan pukulan yang perlahan yang memadai menakutkan kanak-kanak akan tetapi jika tidak dipukul bahkan dinasihatinya nescaya ia adalah lebih baik.
Ibu bapa yang memukul anaknya dengan pukulan yang tidak dibenarkan syarak telah melakukan satu bentuk kezaliman dan siapa yang melakukan satu kezaliman nisaya akan ditanya diakhirat nanti. Jika kanak-kanak merosakkan harta orang maka wajib diganti akan harta yang rosak itu dengan hartanya atau harta penjaganya.
Kredit Foto: Google
Cara Menghukum Anak Dengan Lebih Baik
  • Jangan sesekali menggunakan kekerasan apatah lagi alat yang mencederakan seperti besi, paip getah, tali pinggang dan sebagainya. Namun, boleh memukul perlahan di bahagian tapak kakinya sebagai denda ingatan.
  • Aplikasikan komunikasi berkesan dan nasihat melalui percakapan untuk kesalahan yang dia sendiri mungkin tidak mengerti. Jelaskan kenapa perkara itu salah? Jangan terus menjatuh hukum.
  • Berikan contoh yang mudah difahami seperti jika adik bergaduh dengan kawan, nanti semua orang tak suka adik. Nanti adik tak boleh bermain dengan kawan-kawan, adik kena duduk sorang-sorang.
  • Lembutkan hati anak dengan ayat-ayat yang boleh menyentuh hati dia, bermain dengan psikologi anak. Kalau boleh menangis, buatlah di depannya. Katakan, “kalau adik buat salah, nanti ibu susah, ibu boleh mati nanti. Adik suka ke ibu mati?”
  • Jika kesalahan dilakukan berulang kali, bolehlah didenda secara fizikal tetapi bukan dengan pukulan. Sebagai contoh, anak dikehendaki mengemas rumah untuk seminggu atau berdiri di tepi dinding untuk beberapa ketika.
  • Didik anak untuk membiasakan diri meminta maaf dan mengakui kesilapan.
  • Jika anak sudah mengakui kesilapannya, jangan lagi diugut atau ditakutkan. Cukuplah dengan nasihat dan peringatan agar dia tidak ulangi lagi. Jika kita selalu menghukum ditakuti nanti dia suka bercakap bohong untuk melindungi kesalahannya.
  • Berdoalah setiap hari agar hati anak sentiasa lembut, berakhlak baik dan sentiasa bercakap benar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tular Vape Bentuk Seperti Pen Marker & Gam Uhu Dijual Kepada Pelajar … Ibu Bapa & Guru Diminta Pantau!

gempak
04/10/2024
18:55 MYT
Tular di media sosial kini mengenai vape dikeluarkan dalam bentuk alat tulis seperti marker pen yang ditemui dalam kalangan pelajar.
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Hiburan

Da’i Syed Tidur Jam 7 Sebab Jaga Anak, Kongsi Pengalaman Tanam Uri - “Jaga Nour Punya Fasal”

gempak
18/08/2024
00:55 MYT
Umum mengetahui isteri kepada pendakwah bebas dan selebriti Da’i Syed iaitu pengacara Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Rabu.
Berita

Nama Zayn Rayyan Dipinda Kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan

gempak
26/07/2024
05:25 MYT
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat dimaklumkan nama kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh pada Disember lalu telah ditukar kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan.
BorakSeeni