Penyanyi Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 29, atau yang lebih dikenal sebagai Tasha Manshahar berkongsi berita duka tersebut dalam Instagramnya berkata, ibunya, Herina Wong Abdullah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang terpaksa dikomakan.

Sementara, bapanya, Mohd Manshahar kini berada dalam keadaan stabil dan menjalani tempoh kuarantin kendiri di kediaman mereka.

“Paru-paru mummy (ibu) ada jangkitan, paras oksigen dalam badan pun tidak okey, jadi doktor kena ‘tidurkan’ (dikomakan) dia dan masukkan tiub untuk bantu pernafasan sehingga keadaan kembali stabil.

“Kami pun tidak sangka sehingga jadi begini. Ketika dimasukkan ke hospital, dia nampak sihat sahaja tetapi alhamdulillah ayah pula nampaknya semakin sihat,” tulisnya dalam InstaStory.


Menerusi perkembangan terbaru yang dikongsinya lewat malam tadi, mummy sudah menunjukkan perkembangan yang baik dengan memberikan tindakbalas terhadap ubat dan rawatan yang diberi. Ada pengurangan jangkitan dan tiada masalah pada organ lain dilaporkan.


Jadi, sekarang doktor sedang memfokuskan untuk treat infection pada paru-paru ibunya untuk membolehkan paru-paru ibu berfungi dengan sendirinya. Yang merisaukan menurut doktor juga virus ini agak sukar untuk dijangka. Ada kala ia menyerang pesakit bila-bila masa sahaja.


Di kesempatan itu juga, Tasha sempat mentitipkan ucapan terima kasih kepada semua frontliners yang menjaga ibunya dan semua yang mendoakan kesejahteraan ayah dan ibunya. Tasha berharap ibu akan turut menunjukkan tindak balas positif dan dapat sembuh seperti sedia kala.



Masihkah Kita Berasakan Virus Ini Propaganda?


Setelah membaca salah satu daripada ribuan kisah pesakit Covid-19 ini, adakah kita masih mahu berasakan yang virus ini adalah rekaan semata-mata? Janganlah pentingkan kepercayaan sendiri dan demi kebebasan yang kita mahukan sehingga sanggup menggadaikan keselamatan diri dan orang sekeliling.


Sudah berapa lama kita menderita kerananya. Bukan hanya kerana kesakitan yang diberi tetapi juga dari segi ekonomi, sosial dan mental. Maka, janganlah disia-siakan perjuangan lalu. Teruskan dan kuatkan hati untuk terus membantu diri sendiri dan orang sekeliling kekal dalam SOP yang ditetapkan.


Walaupun kerajaan melonggarkan syarat PKP kali ini, jangan kita mudah ambil kesempatan. Tiada siapa mampu menjaga diri kita melainkan diri kita sendiri. Selagi boleh dielak, maka cegahlah sebelum ia menjadi penyakit dalam diri kita.