gaya hidup
Ikrar Menyokong Tatakelakuan Bagi Industri Filem, TV dan Penerbitan, Barisan Selebriti Ini Tampil ‘Bersuara.’
Mengambil maklum mengenai insiden yang tular di media sosial baru-baru ini, susulan isu rogol yang dijenakakan, ia sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan selebriti. Ramai yang tak senang duduk. Masakan tidak, isu berat seperti ini sewajarnya tidak diambil remeh dan ringan apatah lagi dibuat lawak. Malah secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan khususnya impak insiden ini dari pelbagai sudut.
Lantaran itu, sekumpulan syarikat, anggota gabungan dan individu yang bekerja dalam industri Filem, TV dan Penerbitan yang dikenali sebagai Integrated Malaysian Actors Network (IMAN), bersama PPFIM (Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia) telah mengadakan inisiatif untuk berikrar menyokong satu tatakelakuan bagi industri, yang meliputi hal-hal diskriminasi, gangguan dan buli. Tatakelakuan ini telah disesuaikan daripada sebuah penerbitan untuk komuniti seni persembahan Malaysia oleh kumpulan seni FIVE ARTS CENTRE.
Sehubungan dengan satu kejadian biadab dan memberikan pengaruh buruk yang tersiar baru-baru ini, yang turut menunjukkan ketidakpekaan dan kehilangan sikap hormat menghormati, beberapa individu daripada industri telah sama-sama berikrar untuk memberikan komitmen bagi menghormati hak-hak dan kesejahteraan emosi setiap warga industri dan selain itu juga turut mengiktiraf kepelbagaian budaya dan identiti rakyat Malaysia.
Advertisement
Dengan berikrar untuk menyokong Tatakelakuan ini, mereka mengisytiharkan niat mereka untuk menggalakkan tindakan dan kelakuan khusus dalam setiap urusan profesional dan syarikat, ke arah memastikan para pekerja profesional industri menunjukkan integriti, sikap saling menghormati dan tingkah laku yang sopan. Tatakelakuan ini haruslah didukung dan dilaksanakan selaras dengan pembangunan dan penambahbaikan industri Filem, TV dan Penerbitan di Malaysia.
Antara pengikrar tersebut termasuklah:
- 29 syarikat
- 50 individu
- 1 anggota gabungan
Sudah tiba masanya setiap rakyat Malaysia berusaha sedaya upaya untuk lebih menghormati dan menghargai wanita dalam masyarakat dan perkara ini bermula dengan memiliki pendirian tegas dalam setiap fikiran, tindakan dan kelakuan kita. Kami ingin mengesyorkan agar Tatakelakuan ini diguna pakai dalam setiap urusan profesional oleh seluruh pihak berkepentingan dalam industri.
Kenyataan Selebriti
Jehan Miskin (VP of Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia)
Having a Code of Conduct to ensure everyone working on our sets are safe is long overdue. Truth is, if you ask any woman working in the entertainment industry, be it in front of the camera or behind the scenes, stories of harassment abound, be it physical or verbal. Sure, it can be a gray area, when is a joke just a harmless joke and when is it abuse? For me it’s simple, if someone feels uncomfortable, shamed, bullied, or abused in any way, that is when it’s crossed the line. Pledging to The Code of Conduct is an important first step for the industry to claim responsibility, and to say, 'We will ensure that everyone working on our set is safe from any form of harassment, abuse, discrimination and bullying'. Sure, it will not solve the issue immediately, but it is definitely an important step in the right direction.
Namron
Perkerja seni harus jujur dan ikhlas dalam melakukan kerja seni mereka. Hormati kerja dan karya, sebelum, semasa dan selepas mengerjakannya. Kesenian akan menjadi rendah darjatnya jika pekerja seni hilang hormat pada kerja dan karyanya.
Kredit Foto: Google
Lisa Surihani
The lack of realisation and the inability of telling right from wrong in this matter is highly worrying. All in the industry have the as of right to working in a safe, secure, and ethical environment.
Nadiya Nisaa
Saya akan sentiasa menyokong segala usaha kepada perubahan bagi mewujudkan perkembangan & cara kerja yang positif dalam industri. Berikutan kes ini, telah membuka mata kita bahawa masih ada yang buta akan soal adab & etika bekerja. Ini membuatkan kita tidak bertanggung jawab terhadap peranan masing-masing dalam penghasilan satu karya/ produksi. Saya ragu untuk bekerja dengan rakan lakon lelaki saya sekarang. Justeru itu, CoC harus diadakan segera supaya saya boleh berbincang dan usulkan pada pihak produksi yang sedang saya jalankan penggambaran sekarang.
Kredit Foto: Google
Sofia Jane
We have failed our creative industry, the practitioners industry who face multiple levels of harassment and disrespect and our society. A code of conduct needs to be enforced desperately.
Bront Palare
Rasa marah & kecewa semua sudah tersedia maklum & terpampang di social media. Apa yg lebih penting kita gunakan isu ini utk memperbaiki industri buat masa akan datang. Piagam yang diadaptasi dari code of coducts & standard practice unjuran Five Arts Centre ini menjadi titik permulaan dalam usaha kita menjadikan industri kita lebih selamat & beretika.
Kita berharap agar Finas dan persatuan-persatuan dalam industri memberi sokongan dan bersama kami menjayakan usaha ini.
Must-Watch Video