Memutuskan untuk bercerai setelah bertahun-tahun bersama tentu bukan hal yang mudah. Ia memerlukan pertimbangan yang matang dan perbincangan teliti apatah lagi kalau ada anak-anak. Dan inilah yang terjadi dalam kehidupan para selebriti popular tanah air.

Kisah penceraian mereka telah mendapat perhatian meluas dan media tempatan

Berikut disenaraikan kisah pergolakan rumahtangga artis yang menjadi bualan hangat di media sosial sepanjang tahun 2019. Harapan InTrend, semoga mereka memperoleh hikmah disebalik apa yang berlaku.



1. PU Abu dan Hana Azraa

Pencerian Pu Abu menjadi bualan hangat apabila dia dilaporkan melafazkan cerai ke atas isterinya menerusi aplikasi Whatsapp. Dan pada masa sama, isterinya sedang sarat hamil anak sulung.


Kredit foto: mstar



2. Bella Astillah & Aliff Aziz

Kisah pasangan ini terus mencuri tumpuan di media sosial apabila Aliff Aziz terpalit dengan beberapa isu curang sebanyak tiga kali yang membabitkan gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi.


A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on


3. Putus Tuang Zara Zya & Hafreez Adam

Antara yang menjadi paparan kebanyakan platform media sosial portal hiburan tahun ini, tali pertunangan Zara Zya dan Hafreez Adam dikhabarkan telah putus selepas sebulan bertunang. Moga keduanya tabah dan doakan yang terbaik buat mereka.

Kredit Kredit foto: iluminasi.com




4. Fizo Omar & Mawar Karim

Tidak disangka-sangka pasangan paling ideal ini memutuskan untuk bercerai pada 10 Julai 2019. Dikatakan berpunca daripada masalah keluarga, pasangan yang bernikah pada November 2013 itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on



5. Da'i Farhan & Fatin Nurul Ain

Kisah rumah tangga pendakwah selebriti Da'i Farhan yang menceraikan isteri pertama Fatin Nurul Ain yang sedang hamil tujuh bulan menerusi aplikasi WhatsApp pada 3 Disember lalu terus menjadi buah mulut ramai.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Farhan sebelum itu mengumumkan telah mendirikan rumahtangga bersama seorang ibu tunggal yang punya lapan orang anak, Noorainul Naqim di Mekah.


Kredit foto: iluminasi.com



6. Vanidah Imran & Rashidi Ishak

Siapa sangka pasangan pelakon yang sudah mendirikan rumah tangga selama 17 tahun mengambil keputusan untuk bercerai pada 9 Ogos 2018. Sebab pencerian Vanida Imran dan Rashidi Ishak dirahsiakan daripada pengetahuan umum selama 7 bulan.

Vanidah dan Rashidi berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18 dan Mariyam Rashika, 15.




7. Radhi OAG & Ayu Zahiri

Khabar mengejutkan itu disahkan sendiri oleh isteri Radhi bahawa mereka telah bercerai pada 25 Mac 2019. Pasangan itu bernikah pada 14 April 2014 selepas Radhi berpisah dengan isteri pertamanya, Shazlin Sharif pada 8 Jun 2010 selepas lima tahun berkahwin. Radhi dan Ayu dikurniakan sepasang cahaya mata, Nur Aisyah, 4 dan Muhammad Ridfi Muslim, 3 tahun.


Kredit foto: mstar

8. Natasha Hudson & Noor Nashriq

Berita mengejutkan juga, pelakon Natasha Hudson dan pasangan Noor Nashriq akhirnya berpisah. Pasangan itu berkahwin pada Disember lalu dan ia perkahwinan keempat Natasha. Sebelum ini, pelakon itu dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Kalila dan Faatimah.

A post shared by Natasha Hudson | ناتاشا (@natashahudsonofficial) on

9. Sam Bunkface & Aida Azira

Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada Januari 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maleeq yang berusia dua tahun.


10. Datuk A. Aida & Ariff Aziz

Empat kali berkahwin, produser sensasi Datuk A. Aida mengambil keputusan untuk bercerai dengan pelakon muda Ariff Aziz pada 25 April lalu selepas bersama hampir setahun.


11. Betty Benafe dan Bruce Dargus

Meskipun pahit untuk ditelan, pelakon Betty Banafe, akur menerima kenyataan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta sejak tujuh tahun lalu berakhir dengan perpisahan pada 10 Julai lalu. Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.