Highlights

Isteri Baru Belajar Masak Ketika PKP? – Kira Okey Lah Tu. Yang Penting Suami Kena Sokong. Jangan Tahu ‘Complain’ Saja.

Huda Hussain
04/04/2020
15:47 MYT
Sementelahan kita terikat dengan tempoh PKP yang kini sudah memasuki fasa kedua, maka ramai yang sudah menyesuaikan diri dengan rutin baru. Ulang-alik ke dapur pastinya jadi lokasi tumpuan. Hinggakan ada saja yang mengadu asyik lapar memanjang, hahaha… Biarpun diakui ramai kebosanan namun apakan daya, ini saja yang terbaik untuk kita semua. Tetapi apa yang penting cuba lihat dari sudut positif kesan PKP kepada diri kita. Punya masa yang lebih untuk diluangkan bersama suami, isteri dan anak-anak pastinya ia amat berharga bukan? Malah lebih bermakna apabila berkesempatan melakukan amal ibadat dengan lebih tersusun misalnya solat awal waktu, mengaji dan berzikir juga banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan di rumah.
Kredit Foto: Huda Hussain
Mengenai rutin memasak, apa yang menariknya adalah semakin ramai turun ke dapur mencuba pelbagai jenis menu untuk dimasak. Paling seronok apabila melihat ramai dalam kalangan kita memuat naik video dan foto hasil air tangan sendiri di media sosial. Tanpa mengira status, semuanya teruja mahu cuba memasak. Mungkin ada yang bakatnya terpendam dan nah… sepanjang tempoh PKP ini semua selinsing lengan, beradu tenaga dan berhempas pulas memasak itu dan ini. Sedap atau tidak tolak ke tepi kerana yang penting kita masih punya rezeki mencukupi untuk mengisi perut.
Kredit Foto: Google
Ada juga dalam kalangan kita yang sebelum ini sibuk dengan kerja hinggakan tiada masa mahu memasak. Lantas masa yang ada inilah dimanfaatkan sepenuhnya untuk menguji kemahiran dan ketangkasan di dapur. Tidak kurang juga ada dalam kalangan isteri yang baru belajar memasak sepanjang tempoh PKP. Lantaran itu, segala resipi yang diperoleh dari pencarian Google mahupun media sosial mahu dicuba. Menjadi atau tidak, sedap ataupun sebaliknya boleh diketepikan seketika. Kerana yang penting adalah usaha dan kesungguhan untuk mencuba. Itu lebih bermakna dan memberi kepuasan kepada diri.
Apa Peranan Suami? Sokong isteri dan beri galakkan kepadanya agar tidak putus asa. Mungkin hari ini masakannya tidak menjadi, tetapi masih ada peluang untuk isteri memperbaiki. Dan alangkah indahnya apabila kedua-dua suami isteri sibuk memasak, menonjolkan kebolehan masing-masing. Saling melengkapi antara satu sama lain, itu lebih baik. Jika ada yang tidak kena atau sukar memenuhi cita rasa anda, berbincanglah sebaiknya. Tidak adil bagi seorang isteri untuk melakukan segalanya seorang diri. Daripada menyiapkan bahan, memasak, membasuh dan mengemas seeloknya dilakukan bersama.
Jangan Lupa Ucap Terima Kasih, Hargai Penat Lelah Isteri Jika isteri selesai memasak, suami pula ambil alih untuk mencuci perkakas masakan dan membantu mengemas dapur. Jangan lupa ucapkan terima kasih dan beri penghargaan kepada isteri. Kasihanilah isteri yang penat memasak saban hari menyiapkan sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Bukan mudah untuk menyempurnakan tugas yang satu ini. Kerja yang berat akan menjadi ringan andai adanya kerjasama antara suami isteri. Dan isteri juga ucapkan terima kasih kepada suami yang tengokkan anak-anak tatkala anda berperang di dapur. Pasti keduanya berlapang dada dan menjalani rutin harian dengan tenang.
Kredit Foto: Google
Bayangkan seketika, si isteri penat uruskan semua. Suami pula hanya tahu makan saja. Atau lebih buruk lagi, suami hanya tahu membuta dan asyik menonton televisyen mahupun mengadap telefon bimbit. Hatta sebiji pinggan pun tidak disentuh untuk dicuci. Alahai, remuk redamlah hati si isteri. Sudahlah penat, suami pula biarkan sahaja longgokan pinggan, mangkuk, periuk, sudip, belanga di dalam sinki. Memang boleh tercetus perang jawabnya. Jadi, suami dan isteri harus memainkan peranan dalam situasi ini.
Ibu Bapa Contoh Paling Dekat Bagi Anak Bukannya apa, kalau amalan baik yang kita tunjukkan, pasti anak-anak akan mengikut. Begitu juga sebaliknya. Jika pemikiran anak sudah didoktrin dengan amalan si ayah duduk santai di ruang tamu dan membiarkan semua kerja dilakukan si ibu, maka amalan itulah yang akan dibawanya hingga dewasa. Dan apabila anak berkahwin kelak, maka rutin yang sama akan diulanginya. Seakan tidak berkesudahan pula. Justeru, beringatlah. Amalkan sikap bertimbang rasa, tolak ansur dan kerjasama antara suami dan isteri agar rumahtangga kekal harmoni.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Suami Didakwa Curang? Puteri Dubai Umum Cerai Menerusi Hantaran Instagram – “I Divorce You..”

gempak
19/07/2024
12:55 MYT
Anak Perdana Menteri UEA dan penguasa Dubai, Mohammed Rashid Al Maktoum, Puteri Sheikha Mahra bertindak menceraikan suaminya Sheikh Mana Al Maktoum menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya pada Rabu.
Berita

SPRM Beku 20 Akaun Bank Suami Isteri Pempengaruh, 2 Individu

gempak
15/07/2024
15:25 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Hiburan

“Ya Kahwin Di Usia 23 Tahun & Saya Pilih Dia Sebagai Isteri Selamanya,” - Ben Ladin

gempak
15/07/2024
08:25 MYT
Penyanyi, Ben Ladin mempunyai sebab tersendiri tidak menghebahkan berita mengenai perkahwinannya bersama isteri yang dikenali sebagai Anna.
the-hardest-singing-show

THSS: "Saya Lihat Usahanya Sangat Kuat, Dia Layak Menang" - Isteri Aepul Roza

gempak
15/07/2024
06:25 MYT
Isteri kepada juara The Hardest Singing Show (THSS) Aepul Roza, Leez Rosli mendedahkan minggu separuh akhir merupakan momen paling sukar bagi suaminya sepanjang pertandingan 10 minggu.
Viral

Isu Suami Isteri Bermesra Ketika Dalam Idah, Ini Respons Ustaz Hadhari

gempak
13/07/2024
05:00 MYT
Idah merupakan suatu tempoh masa yang dilalui oleh seorang perempuan selepas perceraian atau kematian suami. Sepanjang tempoh ini, wanita tersebut tidak boleh menikah semula.