gaya hidup

Jangan Tegur, Komen & MARAH Isteri Depan Anak-Anak. Besar Impaknya, Hilang ‘Bisa’ Si Ibu.

Huda Hussain
04/12/2021
15:28 MYT
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Betapa didikan awal yang diasuh sejak kecil lagi menjadikan siapa anda pada masa kini. Bagaimana cara percakapannya dengan orang yang lebih tua, bagaimana perilakunya di hadapan orang ramai, bagaimana adabnya; pendek kata serba-serbi mencakupi segalanya. Dan semua itu bermula dari rumah, daripada air tangan ibu dan ayah.
Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak Apabila terbaca dan dalam masa sama belajar mengenai prinsip ni, barulah lebih jelas dan faham kenapa kita sebagai ibu bapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan kepada mereka.
Kalau kita (suami) komen, tegur dan marah isteri depan anak-anak, secara automatiknya anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
Kredit Foto: Google
Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Dan perkara itu akan terus terakam dalam memori si anak. Firasatnya, ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambil tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan kesannya tak hormat ibunya. Dia tak hormat ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak hormat isteri kita.
Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.
‘Promote’lah Isteri Depan Anak-anak Kita sepatutnya kena selalu ‘promote’ (‘edify’) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita hormat isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan hormatnya pada ibunya.
Kredit Foto: Google
Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka hormat! Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (‘empower’) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita yang akhirnya memudahkan kita.
Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap (ibu atau bapa), cuba semak balik macam mana kita melayan isteri, suami depan anak-anak! Kerana walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita cakap, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita buat. Sama-sama kita fikirkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.
Berita

Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."

gempak
22/07/2024
05:45 MYT
Seorang kanak-kanak dan bapanya terbunuh dirempuh keretapi apabila kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa berusia dua tahun itu terjatuh di landasan stesen Carlton di selatan Sydney, pada Ahad.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.