Selalu kita jealous kan bila ada dalam kalangan kawan-kawan yang kurus, makanlah banyak manapun badan tetap maintain saja. Dan apa yang kita tahu, ia mungkin disebabkan metabolism yang tinggi. Tetapi, sebenarnya ada faktor lain yang menyebabkan ia berlaku.

Bukan itu sahaja, menurut perkongsian laman Facebook Public Health ada menjelaskan secara terperinci bagi mereka yang disebut sebagai TOFI. Tidak perlu cemburu kerana tubuh yang kurus itu, tidak semestinya SIHAT.

Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia


Walaupun memiliki berat badan ideal, tanpa disedari, akibat pemakanan dan gaya hidup, lemak mereka tersembunyi bersama organ orang penting di abdomen. Situasi ini dikenali sebagai TOFI. “Thin Outside, Fat Inside”.

Hal ini, menjelaskan persoalan mengapa individu yang kurus turut menghidap penyakit penyakit metabolik seperti,
Kredit Foto: Google


Jika anda perasan, individu TOFI ini tidak cergas, cepat penat dan kadang kala nampak pucat. Situasi stress dan kurang tidur menyebabkan paras kortisol meningkat dan seterusnya meningkatkan lagi pengumpulan lemak di organ.

TOFI sukar dikesan. Lemak tersembunyi itu hanya boleh dilihat menerusi ujian imbasan MRI atau ujian darah untuk mengesan paras kolesterol, gula dan fungsi organ.

Kredit Foto: Google

Lebih bahaya, akibat sentiasa langsing, mereka tidak mengawal pemakanan dan tidak menjaga kesihatan. Mereka juga tidak pergi menjalani ujian saringan kesihatan seperti orang lain. Kesimpulannya, tubuh kurus tidak bermakna anda lolos daripada risiko penyakit metabolik. Makanlah dengan kadar sederhana. Kurus bukan lesen untuk tidak menjaga kesihatan.