,
Highlights

Kalau Tak Nak Beli, Klik ‘Share’ Atau Doakan Seikhlasnya. Jangan Pinggirkan Kawan Yang ‘Struggle’. Kasihani Mereka.

Huda Hussain
22/09/2020
03:02 MYT
Tidak ramai yang bernasib baik seperti kalian yang masih punya gaji setiap hujung bulan. Ada yang terpaksa berhenti kerja demi menjaga anak-anak. Tidak kurang juga ada yang diberhentikan kerja dek kerana masalah kewangan di syarikat. Dan ramai yang ‘terasa’ kini apabila terpaksa berhenti kerja susulan pandemik Covid-19. Daripada segah pekerjaan membawa pesawat misalnya, kini ada yang berhempas pulas ke sana-sini bergelar rider. Semua itu dilakukan demi meneruskan kelangsungan hidup untuk membiayai kos perbelanjaan itu dan ini.
Tidak kurang juga ada yang mengambil keputusan untuk berniaga. Dan apabila disebut tentang berniaga, banyak cabang perniagaan yang dicuba. Daripada perniagaan berasaskan makanan, perkhidmatan, ejen, dropship, jualan barang kelengkapan rumah, menyediakan khidmat sebagai personal shopper dan banyak lagi. Pokoknya asalkan pekerjaan yang dilakukan mampu mendatangkan hasil dan memberi pulangan wang, maka ia akan terus dilakukan.
Kredit Foto: Google
Bila Rakan Buat ‘Marketing’ Pastinya kalian juga pernah berhadapan dengan situasi apabila ada rakan-rakan yang mempromosikan perniagaan mereka di group WhatsApp juga laman media sosial lain. Menerusi perkongsian maklumat, uar-uarkan melalui pelbagai platform, ia disifatkan sebagai medium yang dapat membantu memasarkan produk atau menghebahkan apa jua perniagaan. Hinggakan ada kalanya dalam kalangan rakan-rakan berasa ‘rimas’. “Aku malas nak masuk group. Si Bob tu, tak habis-habis nak promote kambing perap dia. Sudahnya aku mute kan aje group tu. Kalau sesiapa yang terasa tu, lantaklah”. Ujar Lan menerusi kiriman WhatsApp kepada Azrul.
Dan bagi kalian yang pernah mengalami situasi seperti ini, apa tindakan yang dilakukan? Adakah kalian akan membeli sebagai tanda sokongan dan mahu bantu rakan? Atau lebih selesa mendiamkan diri, buat-buat tak baca segala mesej perkongsian dalam group? Masing-masing puny acara tersendiri bukan? Tetapi walau apa jua cara sekalipun, biarlah lakukannya dengan cara dan pendekatan yang terhormat tanpa mengguriskan hati rakan.
Kredit Foto: Google
‘Bukan Tak Nak Tolong, Tapi’… “Aku dah beli tauhu bergedil tu. Tak sedap langsung! Lepas tu sibuk suruh aku buat reviu. Takkan aku nak menipu pula kan?” luah mesej Wardah pula. Amy yang membaca dirundung rasa tersepit. Dalam masa sama, dia juga terhimpit dek rakan baik yang beria-ia mahu dia menolong promosikan hasil jualan makanan. Antara mahu menolong atau tidak. Kalau tak sokong, dikata berlagak pula. Mentang-mentanglah masih tegap bekerja dengan gaji yang selesa.
“Okey, aku akan slow talk dengan Hana. Jelaskan baik-baik apa yang kurang dan perlu dia perbaiki. Tak bolehlah nak condemn terus. Kasihan pula. Takut nanti dia terasa.” Balas Amy pada kiriman mesej Wardah. Ya, ada cara dan pendekatannya untuk kita menegur. Lebih-lebih lagi kepada rakan yang baru mula berniaga.
Kredit Foto: Google
Seperkara lagi, tak perlulah mendiamkan diri atau menjauhkan diri daripada rakan yang selalu promosikan perniagaan mereka. Kalau anda tak mahu beli sekalipun, cukup sekadar berkongsi dengan menyebarkan mesej, promosi perniagaan kepada rakan-rakan lain atau saudara-mara atau di laman sosial anda sendiri. Dan jika masih merasakan pendekatan ini remeh atau leceh, ikhlaskan diri untuk mendoakan mereka. Mohon kepada-Nya agar perjalanan dan usaha mereka dalam berniaga dipermudahkan, dimurahkan rezeki dan sebagainya. Insya-Allah, dengan keberkatan dan kebaikan anda menolong rakan, pahala juga anda akan dapat.
Tegur Biar Kena Dengan Caranya Kita sebagai rakan yang mahu membantu dan menyokong perlu bijak mengawal situasi. Tegur dengan cara penuh hemah tanpa menyakiti hati rakan yang sedang membuak-buak semangatnya berniaga. Beritahu apa kekurangan yang perlu diperbaiki demi memastikan perniagaan rakan tadi bukan hangat-hangat tahi ayam. Atau bukan berniaga sekadar apa yang ada sahaja.
Kredit Foto: Google
Dan si empunya badan pula, janganlah mudah melenting andai menerima teguran daripada rakan. Lihatlah sesuatu perkara dari ruang yang luas kerana ia demi kebaikan perniagaan anda dalam jangka panjang. Cuba perbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada secara berperingkat. Ambil teguran dari sudut yang positif. Barulah perlahan-lahan anda akan mengecap nikmat kejayaan dengan sokongan rakan dan insan sekeliling. Juga biarlah segala penat lelah dan pengorbanan anda selama ini berhasil dan apa yang diterima bertambah berkat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Reedzwann Dedah Perbualan & Foto Terakhir Bersama Rakan Yang Maut Dalam Kemalangan – “Telinga Masih Terngiang Suara”

gempak
08/09/2024
05:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Reedzwann tampil mendedahkan perbualan terakhirnya bersama rakan yang maut akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan, Trolak, Tanjung Malim pada Sabtu.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Dedah Punca Menangis Di TikTok Live – “Andai Kata Bukan Rezeki Saya…”

gempak
02/09/2024
13:55 MYT
Peserta Syamel Amzah mendedahkan punca dia menangis ketika sesi siaran langsung (Live) di TikTok baru-baru ini.
Hiburan

Ada Orang Minta Minyak Wangi Jenama Nidza Afham, Kakak Luah Rasa Kecewa - “Saya Meniaga Untuk Cari Rezeki, Awak Rasa Okay Ke Tanya Benda Macam Ni?”

gempak
19/08/2024
09:25 MYT
Kakak kepada Allahyarham Nidza Afham iaitu Irfahanie meluahkan rasa geram dengan sikap sesetengah pihak yang seolah-olah mempermainkan kematian adiknya.
Hiburan

“Bukan Nak Campur Tangan Tapi Sekadar Nasihat Agar Tak Buka Aib” - Iqram Dinzly Jawab Dakwaan Back Up Shuk

gempak
16/08/2024
05:55 MYT
Pelakon Iqram Dinzly memberi respons dengan membela pelawak Shuk Sahar yang sedang berdepan masalah rumah tangga.
Berita

'Jual' Bos, Rakan Sekerja Untuk Hilangkan Tekanan

gempak
10/07/2024
14:55 MYT
Semua bidang pekerjaan ada tekanan masing-masing.
BorakSeeni