Highlights

Kalaulah Malaysia Menang Miss Universe Tahun Ini – Pasti Elaine Daly Orang Pertama LOMPAT BINTANG!

gempak
Huda Hussain
19/11/2019
04:18 MYT
Sponsor Banner
Kalaulah Malaysia Menang Miss Universe Tahun Ini – Pasti Elaine Daly Orang Pertama LOMPAT BINTANG!
Pernah merangkul gelaran Miss Universe Malaysia 2003, Elaine Daly yang kini bergelar National Director Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) berkongsi momen suka duka dan harapannya menerusi pertandingan ini.
Sempena menyemarakkan lagi pertandingan Miss Universe 2019 yang bakal dipancarkan secara langsung dari Atlanta Amerika Syarikat tanggal 8 Disember nanti, ayuh kita telusuri buah fikir orang kuat MUMO ini.
Kredit Foto: IG Elaine Daly
Kongsikan bersama kami, bagaimana detik mula perjalanan anda dalam pertandingan ratu cantik dan mengapa memilih platform ini? Pada mulanya saya sekadar melihat sebuah iklan di akhbar dan kemudian memutuskan untuk sekadar mencuba. Bagi saya apa salahnya kalau sekadar mencuba bukan? Bahkan berkecimpung di dalam pertandingan ini adalah sesuatu yang sememangnya saya mahu cuba dan lihat sejauh mana saya boleh pergi.
Kredit Foto: IG Elaine Daly
Masa depan pertandingan Miss Universe Malaysia, pada pandangan anda bagaimana? Biar apa pun tafsiran mengenainya, kembali kepada tujuan asalanya ia hanyalah sebuah pertandingan. Jika boleh diibaratkan pertandingan ini dalam bentuk objek, ia umpama sebiji bola. Anda tidak akan tahu apakah yang akan berlaku seterusnya sama ada lontarannya dalam jarak yang jauh, dekat atau kadangkalanya berada di atas dan sebaliknya. Terlalu subjektif untuk dihuraikan secara mendalam.
Kredit Foto: InTrend Mac 2016
Antara cabaran-cabaran yang terpaksa di tempuhi peserta-peserta ratu cantik yang sekali gus membuatkan mereka sukar mendapatkan tempat dalam kelompok teratas? Terdapat pelbagai bentuk cabaran yang benar-benar menguji kemampuan peserta merangkumi mental, fizikal dan emosional. ‘Kecantikan’ itu bukan sekadar diuji daripada luaran semata-mata tetapi dalamannya juga harus kental dan kuat.
Kredit Foto: IG Elaine Daly
Apa yang dilihat di atas pentas, semua peserta ratu cantik mencerminkan imej yang cantik, very pleasant. Tetapi realitinya di balik tabir, pernahkah anda berhadapan dengan situasi melihat adegan/perkara negatif sesama peserta? Sudah pasti. Memandangkan ini adalah pertandingan, pelbagai perkara boleh berlaku. Malah mungkin berlakunya sesuatu yang melangkaui logik akal fikiran anda. Insiden ‘tikam kawan’ dari belakang dan seumpamanya pasti ada biarpun kecil atau sedikit. Maka dengan itu anda harus tanganinya dengan baik dan rasional.
Kredit Foto: IG Elaine Daly
Apakah kriteria atau ciri-ciri yang ingin anda lihat ada pada generasi pelapis ratu cantik kini? Sudah pastinya X factor dalam kecantikannya, personaliti yang hebat, kesungguhan, tingkah laku dan pembawakan diri yang baik serta minda yang positif dan kental.
Kredit Foto: IG Elaine Daly
Jika ada yang berpendapat kualiti peserta-peserta ratu cantik dahulu lebih baik berbanding kini baik daripada aspek pembawaan diri, karakter yang lebih menyerlah, kebijaksanaan dalam menjawab soalan dan sebagainya. Apa komen anda? Setiap tahun kualiti peserta berbeza-beza. Dan sukar untuk saya huraikan kualiti dan mutu persembahan yang ditampilkan kerana setiap peserta yang memenangi pertandingan ini mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing.
Kredit Foto: IG Elaine Daly
Harapan dan perubahan yang mahu anda lakukan atau anda ingin lihat selain menanam impian adanya Miss Universe Malaysia menjuarai atau beraksi dalam kalangan top 3 Miss Universe suatu hari nanti? Impian saya cuma satu, iaitu agar Malaysia memenangi Miss Universe!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live