Highlights
Kasihanilah Barisan Hadapan Kita. 7 Bulan Mereka Bekerja Hampir 20 Jam Sehari Demi Keselamatan Kita.
Sebutlah mana sahaja lebuhraya yang tidak dibanjiri dengan kenderaan sejak kelmarin hingga hari ini. Semuanya kerana gara-gara keterujaan masyarakat kita untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Hinggakan ada yang terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan juga lorong kecemasan untuk menunaikan solat dek kerana kesesakan teruk. Terutamanya lebuhraya menghala ke pantai timur.
Kredit Foto: Google
Ya, siapalah yang tidak seronok balik kampung sambut raya kan? Tetapi dalam pada gembira meraikannya janganlah alpa, lalai dan leka dengan SOP yang ditetapkan sepanjang musim perayaan Aidiladha kali ini. Maklum sajalah, beraya dalam suasana norma baharu seperti Aidilfitri lalu ada beberapa kekangan dan sekatan untuk tidak meraikan sambutan raya seperti kebiasannya. Antaranya seperti berikut:
- Sambutan hanya dalam kalangan unit keluarga yang berada di dalam rumah. Jumlah tidak boleh melebihi 20 orang bagi setiap masa.
- Setiap ketua keluarga / individu hendaklah;
- Memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter
- Mengelakkan daripada 3C iaitu bersesak (crowded area), ruang rapat/tertutup (confined area) dan juga perbualan dalam jarak yang dekat (close conversation)
- Setiap individu hendaklah memakai pelitup muka sekiranya berada dalam keadaan tiada penjarakan sosial.
- Setiap individu hendaklah;
- Sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
- Memastikan semua ahli keluarga / tetamu mengutamakan kebersihan diri dan peralatan.
- Aktiviti/Ibadah sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha hendaklah mematuhi sepenuhnya SOP Sektor Sosial berkenaan Aktiviti Masjid dan Surau yang telah dikeluarkan.
- Terus bersurai dan pulang selepas selesai ibadah sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha.
Kredit Foto: Google
Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan:
- Rumah Terbuka/Kenduri Hari Raya
- Bersalaman dan bersentuhan
- Sajian makanan secara buffet layan diri
- Ziarah Kubur
- Takbir dari rumah ke rumah
Sebarang aktiviti tidak dibenarkan sekiranya:
• Sukar mengawal jumlah orang pada satu-satu masa
• Kemungkinan terdedah kepada droplets
• Sukar mengawal perilaku
• Berada dalam kawasan yang sama atau ruang rapat dan tertutup dalam masa yang panjang
Sumber: MKN
Mengapa Pentingnya Diingatkan Mengenai SOP?
- Covid-19 Masih Berleluasa
Kredit Foto: Google
- Kasihani Barisan Hadapan Negara
- Jika Kes Meningkat Mendadak, PKP Bakal Dikenakan Semula
Sungguh bukan mudah mahu memerangi dan memutuskan rantaian penularan Covid-19. Namun hakikatnya kerjasama dan disiplin daripada setiap lapisan masyarakat yang diperlukan dalam menempuh situasi akan datang. Apatah lagi dengan turun naik angka kes positif yang direkodkan setiap hari, kita semua pun tidak senang duduk kan? Justeru bertanggungjawablah dalam segala segi. Usah pentingkan diri sendiri dan terus amalkan kawalan kendiri walau di mana jua anda berada.
Must-Watch Video