Highlights

Kebaikan Kamu Tak Dibalas? Jangan Risau. Saat DIA Membalas, Ia Jauh Lebih Baik Daripada Balasan Manusia.

gempak
Huda Hussain
10/11/2020
15:00 MYT
Sponsor Banner
Kebaikan Kamu Tak Dibalas? Jangan Risau. Saat DIA Membalas, Ia Jauh Lebih Baik Daripada Balasan Manusia.
Betapa kita dianjurkan berbuat kebaikan walaupun pada hakikatnya kita tak punya apa-apa untuk diberi. Dan sekiranya ia diberi dan dilakukan dengan penuh keikhlasan, selain meletakkan kebergantungan kepada Maha Pencipta, pasti Allah akan melimpahkan rahmat atau menghadirkan rezeki buat kita dari jalan yang tidak disangka-sangka.
Apabila kita terdorong melakukan kebaikan, bukan sahaja Allah menolong mempermudahkan apa sahaja yang kita kerjakan tetapi menjentik hati dan emosi sesiapa yang melihatnya. Seperti apa yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Wan Luqman. Bagi sesetengah orang, mungkin ia kecil dan remeh atau tiada apa-apa. Tetapi bagi mereka yang pernah merasai pengalaman berhadapan dengan detik sukar semasa mencari rezeki, pasti akan memahami.
Kredit Foto: Google
Mulianya hati kau Junaidi..
Tengah hari ni ada satu short notis order. Customer nak sambut birthday. Kita pun request la runner thru apps. Datanglah hamba Allah ni runner yang pickup job, Junaidi namanya. Saya tanya dia "Apa benda air merah dalam botol tu?" Dia cakap, "Petrol bang." "Banyaknye, bawak bekal petrol ke? Hehe"
"Lebih kurang la bang hehe. Kadang runner lain nak petrol ke kann". "Ohh awak jual petrol on the go untuk runner lah kiranya ya?" "Taklah bang. Saya bagi, sedekah aje bang. Mana-mana runner tersadai tepi jalan petrol habis, saya tolong tuang petrol." "Kenapa tak jual?" "Tak saya bagi free aje. Sebab dulu saya pun pernah kena petrol habis dan ada orang tolong saya bagi petrol. Jadi saya nak balas balik nak buat macam ni kat orang lain balik." "Masya-Allah. Saya doakan semoga Allah berkati dan curah rahmat ke atas diri awak dan pekerjaan awak. Perbuatan mulia ni, Allah dan Rasul cukup suka orang macam ni."
Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati
Tengok petrol tu warna merah, warna merah tu RON97 ye kawan². Minyak mahal tau... Sebarkan kebaikan supaya orang lain terikut untuk melakukan kebaikan. Tak rugi tau buat benda baik ni, Allah dan Rasul sayang kat kita. Bila Allah sayang kita, dia akan panggil malaikat Jibril Alaihissalam dan beritahu Aku suka kepada hambaKu ini dan engkau mesti suka kepada dia. Lalu malaikat Jibril maklumkan kepada malaikat-malaikat lain dan beritahu Allah dan Jibril suka kepada si fulan ini, maka kamu semua kena suka kat manusia ni. Tak rugi jadi orang baik. Jangan risau dan susah hati bile kebaikan kita tidak dibalas, Allah balas. Bile Allah balas, jauh lebih baik dari balasan manusia lah ye.
Kredit Foto: Google
Ingat Jasa Dan Kebaikan Orang Lain
Inilah natijahnya apabila kita menerima bantuan atau Allah hadirkan insan lain yang menolong saat kita ditimpa kesusahan. Walaupun tidaklah senang mana jauh sekali hidup mewah dan gah seperti orang lain, tetapi hakikat kebaikan ini tidak mengira pangkat, darjat dan siapapun kita. Waima anak kecil yang sudah memahami erti kebaikan dan mahu membalasnya juga akan melakukan perkara sama. Dan betapa kita terdorong untuk melakukan kebaikan bukan kerana mahu mengharapkan balasan atau meraih ganjaran. Sebaliknya sekadar mengingatkan diri bahawa kita pernah melaui detik sukar dan tiba masanya kita pula membantu insan lain yang memerlukan. Indah bukan? Apabila sesuatu perkara atau kerja itu dilakukan dengan hati penuh ikhlas dan tawaduk, hanya Dia sahaja yang mampu membalasnya. Jangan pernah jemu dan berhenti menunjukkan atau melakukan apa jua perkara yang membawa kebaikan sejagat. Kita sendiri akan berasa puas dan lega andai dapat membantu sekadar apa yang perlu kepada mereka yang benar-benar kesusahan. Dan ingatlah, balasan daripada-Nya atas segala kebaikan yang kita kerjakan lebih manis dan tidak ternilai harganya dibandingkan dengan balasan dan pujian manusia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live